satusabah

Semasa : Vokalis Wings, Awie dihadapkan ke mahkamah, Pukul Isteri

Kuala Lumpur: Penyanyi rock terkenal, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 46, dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini, atas tu...

Kuala Lumpur: Penyanyi rock terkenal, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 46, dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini, atas tuduhan memukul isterinya di hadapan sebuah bank di Ampang, baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuddin Saad, berkata penyanyi itu akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Rozana Misbun, 36, pada pertengahan bulan lalu. 

Mengikut seksyen itu, pesalah boleh dihukum maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. 

Pegawai penyiasat kes sudah menyiapkan segala laporan dan maklumat diperlukan untuk diserahkan kepada pendakwa raya, katanya ketika dihubungi malam tadi. 

Sebelum ini, BH mendedahkan kejadian seorang penyanyi rock terkenal tanah air mencederakan isterinya di tempat awam sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius. 

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang, pada 17 Jun lalu, kerana bimbang kejadian sama akan berulang. 

Ahad lalu, selepas tersebarnya beberapa keping gambar isterinya yang mengalami kecederaan di laman sosial, Awie mengaku dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Berita Harian
Loading...

Related

Berita Terkini 7374647251781726315

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item