satusabah

Semporna : 7,200 Bungkusan Mercun Berjaya dirampas

Semporna : 7,200 Bungkusan Mercun Berjaya dirampas Semporna, 6 Julai - Sejumlah 7,200 bungkusan mercun berjaya dirampas Pasukan Poli...

Semporna : 7,200 Bungkusan Mercun Berjaya dirampas

Semporna, 6 Julai - Sejumlah 7,200 bungkusan mercun berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna dalam dua operasi Op Paradise berasingan yang dijalankan di perairan Tongkaloh, di sini, lewat petang semalam.

Komandernya ACP Mohamad Madun berkata dalam pemeriksaan pertama terhadap sebuah jongkong yang melalui perairan tersebut, pihaknya menemui sejumlah 4,800 bungkusan mercun jenama "Tiger Firework" yang disorokkan di dalam ruangan yang terdapat di dalam jongkong tersebut.

"Manakala pemeriksaan kedua terhadap sebuah bot laju yang ditahan tidak lama selepas itu, pihak polis berjaya menjumpai 2,400 lagi bungkusan mercun jenama yang sama.

"Kesemua barang rampasan termasuk sebuah jongkong, sebuah bot laju, dua buah enjin sangkut dan sebuah tangki minyak yang dianggarkan berjumlah RM70,500 dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut," jelas Mohamad lagi.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
Loading...

Related

semporna 8583784342403501790

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item