satusabah

Semporna : Serangan di Pulau Mabul mendukacitakan: Jeffry

Gambar Hiasan SANDAKAN: Kejadian serangan hendap dipercayai dilakukan oleh sekumpulan pengganas di sebuah resort di Pulau Mabul, Sempo...

Gambar Hiasan
SANDAKAN: Kejadian serangan hendap dipercayai dilakukan oleh sekumpulan pengganas di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna pada malam Sabtu lepas sebagai satu tragedi yang disifatkan amat mendukacitakan seakan-akan tiada episod akhir.

Presiden Kelab Penyokong BN Sabah dan Kerajaan (KPBNSK), Dato’ Mohd Jeffry Rosman menyarankan kepada kerajaan agar mengambil langkah yang lebih wajar serta drastik agar kejadian serupa tidak lagi berulang demi menjamin keselamatan semua.

Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan sebuah badan khas diwujudkan oleh pihak berkuasa melalui kementerian yang menjaga soal keselamatan negara iaitu membuat kajian semula peranan anggota-anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang bertugas.

Ini katanya, peranan yang diberikan masih tidak menampakkan sebarang keberkesanannya terutama apabila kita melihat kepada susulan dengan kejadian yang berlaku itu.

“Kita difahamkan bahawa pihak kerajaan telah mengambil dasar untuk mengubah Prosedur Operasi Standard atau SOP Esscom namun saya berpendapat sebaliknya, badan berkenaan tidak perlu digubah tetapi wujudkan satu badan khas atau Menteri Khas dengan jawatan sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas yang akan menjaga keselamatan negara secara amnya.

“Insiden kejadian yang berlaku di Pulau Mabul adalah sesuatu tragedi yang amat mendukacitakan dan sekali gus memperlihatkan seakan tidak ada episod akhir. Selaku badan NGO yang memperjuangkan kepentingan masyarakat, kita minta satu badan khas dapat diwujudkan,” jelasnya semasa menghubungi New Sabah Times di sini, kelmarin.

Jeffry turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ab Rajah Jamian yang dilaporkan telah terkorban semasa mempertahankan negara dari dibolosi oleh pihak pengganas yang dipercayai lebih kurang lapan orang askar berpakaian celoreng dengan bersenjatakan mesin gun.

Beliau berharap peruntukkan yang telah disalurkan kepada pihak Esscom dapat digunakan dengan sebaiknya, manakala dia juga mencadangkan agar aset keselamatan seperti pemasangan CCTV berteknologi tinggi disediakan secepat mungkin.

“Kami juga ingin mendesak agar pihak Kedutaan Filipina turut campur tangan dalam hal ini dengan memberikan bantuan kepada pihak ketenteraan negara kita untuk menangkap askar-askar militan dari Selatan Filipina dan Abu Sayyaf yang terlibat dalam kejadian tersebut,” tegasnya.

Menurut laporan media, seorang anggota Polis Marin terbunuh manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna kira-kira jam 11.10 malam.

Kejadian yang berlaku berhampiran Pulau Mabul dibawah kawalan Esscom itu selepas anggota polis yang membuat rondaan berjaya mengesan pengganas tersebut.

Menurut saksi, pihak berkuasa telah melepaskan tembakan amaran, bagaimanapun tidak diendahkan dan dibalas dengan tembakan yang mengakibatkan salah seorang anggota polis maut dalam kejadian tersebut.

Seorang anggota polis turut hilang dan dipercayai diculik dalam kejadian tersebut.

Pihak Berkuasa Esscom sedang melipat ganda usaha mengesan kumpulan pengganas Sulu yang dipercayai masih berada di sekitar kawasan pulau berkenaan disamping mendapatkan kerjasama dengan pihak keselamatan negara jiran.
Loading...

Related

semporna 6109672993004427841

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item