satusabah

World Cup 2014 : Argentina buat 3 pertukaran menjelang perlawanan Belgium

BRASILIA: Argentina membuat tiga pertukaran dalam pertemuan suku akhir menentang Belgium, sebentar tadi dengan Jose Maria Basanta, Marti...

BRASILIA: Argentina membuat tiga pertukaran dalam pertemuan suku akhir menentang Belgium, sebentar tadi dengan Jose Maria Basanta, Martin Demichelis dan Lucas Biglia disenaraikan dalam kesebelasan pasukan. 

Basanta mengisi kekosongan bek kiri, Marcos Rojo manakala jurulatih, Alejandro Sabella menyelitkan pemain berpengalaman, Demichelis (bek tengah) dan pemain tengah, Biglia menggantikan Federico Fernandez dan Fernando Gago. 

Dengan Sergio Aguero belum cergas, Ezequiel Lavezzi akan mengisi tempatnya untuk menjana jentera serangan bersama Gonzalo Higuain dan kapten, Lionel Messi. 

Jurulatih Belgium, Marc Wilmots hanya membuat satu pertukaran dengan Kevin Mirallas mengambil alih tempat Dries Mertens di sayap kanan. 

Argentina 
Sergio Romero; Pablo Zabaleta, Martin Demichelis, Ezequiel Garay, Jose Maria Basanta; Lucas Biglia, Javier Mascherano, Angel Di Maria; Gonzalo Higuain, Lionel Messi (kapten), Ezequiel Lavezzi 

Belgium 
Thibaut Courtois; Toby Alderweireld, Daniel Van Buyten, Vincent Kompany (kapten), Jan Vertonghen; Axel Witsel, Marouane Fellaini; Kevin Mirallas, Kevin De Bruyne, Eden Hazard; Divock Origi 
Pengadil: Nicola Rizzoli (ITA)
Loading...

Related

World Cup 2014 2894167957369530436

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item