satusabah

Berita Dunia | Pencarian Sebutir Belian Bernilai RM 64K Jatuh Dari Langit

SEBUTIR berlian bernilai £12,000 (RM64,653.61) yang dijatuhkan dari langit pada ketinggian 100,000 kaki, 'mendarat' di lokasi mi...

SEBUTIR berlian bernilai £12,000 (RM64,653.61) yang dijatuhkan dari langit pada ketinggian 100,000 kaki, 'mendarat' di lokasi misteri di sekitar sebuah perkampungan kecil di Lincolnshire, England.

Menariknya adalah berlian itu akan menjadi milik sesiapa yang dapat menemuinya.

Benar, individu bertuah akan memiliki batu berlian dengan 1.14 karat itu.

"Sesiapa yang menemui berlian kami sememangnya boleh memilikinya, maka kami menggalakkan orang awam untuk keluar dan memulakan pencarian," kata Tobias Kormind, pengasas kepada syarikat berlian itu.

Berlian itu diikat pada sebulan belon diisi gas helium pada minggu ini dan dilancarkan ke angkasa lepas dari sebuah padang di Derbyshire, England sebagai sebahagian daripada aksi publisiti pembekal emas, 77 Diamonds untuk menarik perhatian ramai. - metro.co.uk

Loading...

Related

MStar Online 952780060616826939

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item