satusabah

Berita Hiburan : Shila Amzah dan Johan As'ari Kembali Bercinta?

Johan As'ari nafi masih menyimpan perasaan pada Shila Amzah Pelakon Johan As'ari tidak mempunyai sebarang agenda apabila memuat ...

Johan As'ari nafi masih menyimpan perasaan pada Shila Amzah

Pelakon Johan As'ari tidak mempunyai sebarang agenda apabila memuat naik gambarnya bersama penyanyi Shila Amzah di laman Instagram miliknya sehingga menimbulkan reaksi daripada peminat.

Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari, 28, berkata, tujuan dia berbuat demikian bukan untuk mengungkit kisah lama tetapi hanya sekadar bertanya khabar terhadap bekas kekasihnya itu.

"Saya jujur dengan hati dan diri saya dan tiada sebarang niat tertentu apabila memuat naik gambar berkenaan apatah lagi cuba memikat hatinya kembali dan ia sekadar ingatan saya kepada Shila," katanya kepada media ketika dihubungi menerusi aplikasiWhatsApp pada Ahad.

Johan sebelum ini pernah dikaitkan dengan Shila Amzah tetapi pelakon filem Juvana itu membuat pengakuan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Lana Nordin.

Bagaimanapun percintaan singkat di antara Johan dan Lana hanya kekal selama sebulan.

Dalam pada itu, Johan berkata, dia yakin Shila sudah melupakan segala peristiwa diantara mereka kerana wanita itu adalah seorang yang pemaaf dan baik hati.

Gambar yang dimuat naik oleh Johan di Instagram sehingga mendapat pelbagai reaksi peminatnya.

Jelas Johan, biarpun sudah tidak berhubung dengan Shila namun dia sentiasa mendoakan kebahagian dan kejayaannya yang sedang mencipta nama di China.

"Shila adalah seorang wanita yang baik dan saya mengenali dirinya dia seorang yang suka membantu dan pemaaf.

"Saya yakin dia telah melupakan segala yang berlaku sebelum ini biarpun kami sudah lama tidak bersua muka," katanya. 

Sementara itu, Johan berkata, dia terharu dengan sikap Shila yang sanggup meluangkan masa menziarahi ibunya, Datin Firdaus Abdul Kadir di hospital baru-baru ini biarpun jadualnya padat dengan pelbagai aktiviti.

"Saya terharu dia dan keluarganya sudi ziarah ibu saya ketika di hospital dan jelas menunjukkan dia sangat mengambil berat dan tidak mudah memutuskan silaturahim biarpun ada salah faham sebelum ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Johan kini berada di Pulau Krabi, Thailand bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid untuk penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi.
Loading...

Related

Shila Amzah 5017914987912748387

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item