satusabah

Berita Kemalangan Sarawak | Pemandu Perodua Kelisa Maut Bertembung dengan Toyota Hilux

Kemaskini Berita Kemalangan : Kejadian berlaku di Mukah Perodua Kelisa bertembung Toyota Hilux Seorang penduduk tempatan yang memandu ke...

Kemaskini Berita Kemalangan : Kejadian berlaku di Mukah Perodua Kelisa bertembung Toyota Hilux

Seorang penduduk tempatan yang memandu kereta Perodua Kelisa meninggal dunia selepas keretanya bertembung dengan Toyota Hilux di Kilom­eter 14 Jalan Selangau-Mukah di sini.

Kejadian tersebut berlaku apabila Hilux yang membawa tiga orang termasuk pemandu bergerak melawan arah jalan lalu bertembung dengan Kelisa sehingga mengakibatkan kereta mangsa terbabas ke dalam long­kang.

Mangsa yang dikenali sebagai Petrus Adan Gerinang, 48, memandu seorang diri semasa kejadian.

Sepasang suami isteri dan anak mereka di dalam Hilux itu dipercayai mengalami cedera ringan dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Selangau.
Menurut abang mangsa, adikn­ya dari arah Mukah menuju ke Selangau untuk pergi ke rumah­nya.

Beliau memberitahu, adiknya (mangsa) meninggalkan seorang balu dan tiga anak.

Sementara itu, jurucakap polis memberitahu bahawa pihaknya menerima panggilan sekitar jam 12 tengah hari dan terus bergegas ke tempat kejadian.

Polis menghubungi bomba un­tuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta dan turut menghubungi ambulans.

Punca kemalangan masih dalam siasatan dan mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Mukah. -UTUSAN BORNEO-
Loading...

Related

Kemalangan Maut 5221231235200464454

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item