satusabah

Berita Nasional : Pihak Polis Berkas Dua Individu, Makmal Dadah Dibongkar Rampas Dadah 3.5 Juta

Berita Terkini  04 Ogos 2014 :  Makmal memproses dadah jenis Syabu dan Pil Kuda Terbongkar Polis memberkas dua individu susulan pembon...

Berita Terkini 04 Ogos 2014 :  Makmal memproses dadah jenis Syabu dan Pil Kuda Terbongkar

Polis memberkas dua individu susulan pembongkaran makmal dadah di sebuah kondominium di Taman Sungai Besi, Cheras di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata lelaki warga tempatan berusia 38 tahun dan wanita warga asing berusia 27 tahun terbabit ditahan pada hari yang sama di sebuah unit lain di kondominium tersebut.

"Mereka ditahan kerana mempunyai akses terhadap unit 'penthouse' yang dipercayai menjadi makmal memproses dadah jenis syabu dan pil kuda," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurut Mohan Singh kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Media melaporkan kegiatan memproses dadah jenis syabu di kediaman mewah itu terbongkar selepas sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak digegaskan ke unit tersebut pada 12.15 tengah hari sejurus menerima panggilan kecemasan.

Penggera kebakaran di penthouse itu berbunyi akibat kepulan asap yang terhasil daripada campuran bahan kimia yang dipercayai untuk menghasilkan syabu di dalam rumah berkenaan.

Mengulas kes itu, Mohan Singh berkata hasil pemeriksaan lanjut di unit penthouse berkenaan, polis menemukan dadah jenis syabu seberat 25.270 kilogram dengan nilai pasaran RM2.5 juta dan sebuah beg berisi pil kuda dianggar bernilai RM1 juta. 
BERNAMA
Loading...

Related

Syabu 5176740078705690175

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item