satusabah

BERITA NASIONAL | REMAJA 15 TAHUN BERDEPAN HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI

Di Kota Tinggi, Johor seorang remaja didakwa membunuh jirannya bakal diheret ke tali gantung Seorang remaja berusia 15 tahun berdepan ...

Di Kota Tinggi, Johor seorang remaja didakwa membunuh jirannya bakal diheret ke tali gantung

Seorang remaja berusia 15 tahun berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa di Mahkamah Majistret, Kota Tinggi, Johor hari ini atas tuduhan membunuh.

Remaja terbabit didakwa membunuh jirannya sendiri, Jariah Abu Bakar, 62, pada 22 Julai lalu.

Berdasarkan pertuduhan, remaja terbabit didakwa membunuh warga emas terbabit di rumah mangsa di No. 1213, Blok 9, Felda Lok Heng barat, Kota Tinggi pada pukul 12.05 tengahari.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Hairul Azhar Muhamad.

Hairul kemudian menetapkan 8 September ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Natassa Zaini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 22 Julai lalu ia dilaporkan bahawa Jariah ditemui mati dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya oleh anaknya yang baru pulang dari Kuala Lumpur untuk bercuti raya.

Mangsa merupakan ibu tunggal yang tinggal bersendirian dan mempunyai tiga orang anak. -AstroAwani-
Loading...

Related

remaja 2 4161584971112434523

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item