satusabah

Berita Sabah | 'Lorong Turbo' Membahayakan Keselamatan Penumpang Bot Laju Labuan-Menumbok

"Labuan hanya mempunyai Jabatan Laut dan Dermaga Sabah yang tidak mempunyai kuasa untuk menahan bot-bot laju yang membawa penumpang ...

"Labuan hanya mempunyai Jabatan Laut dan Dermaga Sabah yang tidak mempunyai kuasa untuk menahan bot-bot laju yang membawa penumpang berlebihan di perairan Labuan"

Berita Sabah labuan menumbok
Sekadar Gambar Hiasan
Pengusaha bot laju Labuan ke Menumbok menggunakan ‘Lorong Turbo’ bagi membawa penumpang yang mahu segera sampai ke Menumbok, bagaimanapun cara itu mengundang bahaya kerana membawa muatan yang berlebihan, sekaligus merisaukan penumpang yang lain.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pegawai kerajaan yang berkait rapat dengan keselamatan bahagian laut, namun mereka tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengusaha bot terbabit.

Beliau berkata, ‘lorong turbo’ tersebut terletak bersebelahan dengan jeti bot laju LDA Holding Sdn. Bhd iaitu syarikat yang beroperasi bagi mengawal dan mentadbir urus perjalanan bot-bot laju di Terminal Feri Antarabangsa Labuan yang tiba dari Menumbok, Sipitang dan Brunei.

“ Kami tidak ada kuasa yang diperuntukkan untuk menahan kegiatan mereka, namun LDA Holding yang mengendalikan operasi perkhidmatan pengangkutan laut bagi bot-bot laju di jeti Labuan Feri Antarabangsa Labuan boleh menghalang kegiatan itu” katanya di sini, baru-baru ini.

Katanya, mengikut undang-undang bot laju penumpang ke Menumbok hanya dibenarkan membawa penumpang tidak lebih daripada 12 orang.

Bagaimanapun kata beliau, oleh kerana Labuan tidak mempunyai Jabatan Laut Wilayah Persekutuan Labuan yang bertangungjawab untuk mengawal dan menguatkuatkuasakan undang-undang menyebabkan bot-bot laju tersebut mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan tanpa menghiraukan keselamatan penumpang.

Katanya, ketika ini Labuan hanya mempunyai Jabatan Laut dan Dermaga Sabah yang tidak mempunyai kuasa untuk menahan bot-bot laju yang membawa penumpang berlebihan di perairan Labuan.

Beliau berkata, ramai pengguna khususnya penumpang yang telah pun membeli tiket di kaunter penjualan tiket LDA Holding membuat aduan kerana sering mendapati bot-bot yang mereka naiki membawa muatan berlebihan yang tidak ada dalam daftar senarai penumpang yang dikeluarkan oleh kaunter penjualan tiket.

Beliau turut mendakwa, pengusaha bot tersebut tidak akan menyenaraikan nama mereka sebagai penumpang sebaliknya akan dimasukkan sebagai pekerja bot bagi mengaburi mata penguatkuasa sekiranya berlaku pemeriksaan di laut.

Dalam pada itu, LDA Holding yang mempunyai kuasa dan tanggung jawab dalam menentukan pergerakan bot-bot laju sewajarnya tidak menghalalkan aktiviti ‘Lorong Turbo’ itu berlaku, apatah lagi ia terletak di dalam kawasan LDA Holding sendiri.

“ Walaupun mereka tidak mempunyai hak untuk menahan bot-bot laju yang membawa penumpang secara berlebihan, tetapi mereka berhak menghalang kegiatan ‘Lorong Turbo’ bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, katanya. 
-SABAHTIMES-
Loading...

Related

Pulau Labuan 7794258543236912058

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item