satusabah

BERITA SABAH | TERKINI MAKMAL PEMPROSESAN DADAH SYABU TERBONGKAR

Lokasi Markas Mini  Dadah Syabu  Di Grace Court, Sembulan Sabah  Terbongkar PORTAL SATU SABAH : Taktik dua lelaki menjadikan pangsapur...

Lokasi Markas Mini  Dadah Syabu  Di Grace Court, Sembulan Sabah  Terbongkar

PORTAL SATU SABAH : Taktik dua lelaki menjadikan pangsapuri disewa sebagai makmal pemprosesan dadah jenis syabu akhirnya terbongkar selepas mereka diberkas sepasukan anggota polis di Grace Court, Sembulan.
INFO GRAFIK BY PORTAL SATU SABAH
Dalam kejadian pukul 3 petang itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sabah turut merampas syabu seberat 1.01 kilogram yang bernilai lebih RM180,000 dan pelbagai peralatan memproses dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah, Supritendan Rahim Dolmat berkata, serbuan yang dilakukan hasil daripada maklumat awam itu telah membawa kepada kejayaan polis menangkap dua lelaki secara berasingan iaitu di Sembulan serta di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurutnya, dalam tangkapan pertama, polis berjaya menahan seorang suspek lelaki berusia 24 tahun di pekarangan pangsapuri Grace Court Sembulan, sebelum polis di Semenanjung berjaya memberkas suspek kedua.
"Ketika memberkas suspek pertama, polis telah menemui sampul surat dalam poket kiri seluar dan hasil pemeriksaan menemukan dua peket plastik berisi hablur lutsinar yang dipercayai dadah jenis syabu.

"Suspek kemudiannya membawa pihak polis ke rumah sewa di Grace Court dan polis berjaya merampas 18 peket syabu berserta peralatan-peralatan memproses dadah serta alat penimbang elektronik," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPK) Sabah, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rahim berkata, hasil siasatan terhadap suspek pertama membolehkan pihak polis di Semenanjung menahan seorang lagi suspek berusia 40 tahun yang dipercayai turut terlibat dalam aktiviti pemprosesan dadah itu.

Ujarnya, suspek kedua itu baru sahaja tiba di Terminal Dua KLIA menerusi penerbangan dari Sandakan dan dia ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

"Kita tidak menafikan lelaki itu cuba melarikan diri sebaik tangkapan suspek pertama di Sembulan," katanya lagi.

Sementara itu Rahim memberitahu, polis masih menjalankan siasatan terperinci terhadap modus operandi kedua-dua suspek sama ada terlibat dalam sindiket dadah antarabangsa atau sebaliknya.

"Bagaimanapun berdasarkan maklumat awal, polis percaya syabu berkenaan diperoleh dari Semenanjung Malaysia sebelum dipasarkan ke negeri ini.

"Malah mengikut siasatan awal, kita mendapati kedua-dua suspek telah menjalankan aktiviti haram itu sejak enam bulan lalu dengan menggunakan pangsapuri yang mereka sewa sebagai markas memproses dadah," katanya.

Tambah Rahim, kes berkenaan akan disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

***CAKAP SABAH 
Teruskan Usaha PDRM !!! TAHNIAH..
Loading...

Related

Malaysia 9187955455137902273

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item