satusabah

Berita Sarawak | Lelaki Dicekup Tentera Serta Merampas Jenkaut Bernilai RM 250,000 Dilaporkan Hilang

Berita Terkini Sarawak : Sudahlah Jentera Besar Lembab Pula Berjalan Ada Hati Juga Mau "DiProjek" Satu pasukan subunit tente...

Berita Terkini Sarawak : Sudahlah Jentera Besar Lembab Pula Berjalan Ada Hati Juga Mau "DiProjek"
Satu pasukan subunit tentera yang meronda di pos kawalan sempadan di Serikin, sekitar 50km dari sini, menahan seorang lelaki dan merampas sebuah jentera jengkaut kira-kira lapan jam selepas jentera itu dilaporkan dicuri, Isnin.

Markas Pemerintahan Wilayah Timur dalam kenyataan hari ini berkata lelaki berumur 33 tahun itu ditahan oleh pasukan daripada Kompeni B, batalion ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Kapt Shafuddin Ismail semasa membuat rondaan.

Menurutnya lelaki bersama jentera jengkaut yang dianggar bernilai RM250,000 itu ditahan pada 4 petang semalam, kira-kira 500m dari pos kawalan, dan siasatan mendapati jentera itu dilaporkan dicuri di kawasan Batu Kawa, di sini pada 8.15 pagi.
"Suspek bersama jentera itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Bau untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan yang disebarkan kepada media menerusi perkhidmatan WhatsApp itu.

Markas Pemerintahan Wilayah Timur ditubuh pada 1 Mac lepas bersama Task Force 450, menjadi tunjang penubuhan divisyen ke-5 Infantri Malaysia di Sabah yang diumumkan pada sambutan ulang tahun Tentera Darat ke-81.



Penubuhan formasi ini adalah pendekatan jangka pendek Tentera Darat ke arah memperkukuh pertahanan dan keselamatan di Wilayah Timur meliputi Sarawak dan Sabah.

-Mstar Online-
Loading...

Related

Sarawak 294675361211997754

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item