satusabah

Berita Semasa : Kepulangan Nabila Adalah hadiah Paling Besar | Amy Seacrh

Suatu Masa dulu SYAWAL BERI SINAR BARU “Tiada satu benda pun dalam dunia ini boleh menjadi galang ganti kepada hadiah hari jadi saya. ...

Suatu Masa dulu
SYAWAL BERI SINAR BARU “Tiada satu benda pun dalam dunia ini boleh menjadi galang ganti kepada hadiah hari jadi saya. Syawal ini memang cukup bermakna apabila Abil pulang ke kampung menyambut raya bersama-sama.

“Lebih bermakna lagi apabila saya turut meraikan ulang tahun yang ke-56 pada hari mulia.

“Tahun lalu, saya menanti kepulangan Abil dari Syawal pertama. Saya tidak kisah Abil hendak beraya dengan ibunya terlebih dulu, dengan saya kemudian-kemudian, tidak mengapa.

“Tetapi luluh hati saya apabila hingga akhir Syawal, Abil tidak datang menjenguk,” katanya seperti yang dipetik dari Berita Harian.

Menurut penyanyi rock lagenda itu lagi, 'kepulangan' Nabila Huda ke pangkuan selepas hampir setahun bersengketa merupakan hadiah hari jadi yang cukup bermakna buatnya.

Tambah Amy selama ini dia menantikan anak sulungnya itu kembali  dan Syawal ini ‘hadiah’ paling mahal itu telah diperolehi.

“Saya yakin setiap yang berlaku pasti ada penghujungnya. Malah, sepanjang Ramadan yang baru berlalu, saya bersama isteri dan ibu tidak putus-putus berdoa agar Abil kembali kepada kami.

“Alhamdulillah, Tuhan kabulkan doa kami,” katanya yang meraikan Syawal di kampung halamannya di Bakar Batu, Johor.

Menurut Amy, Nabila pulang menjenguknya beberapa hari sebelum Aidilfitri.

Kira-kira 10 hari sebelum Syawal, Nabila memulakan langkah dengan menghubunginya.

Mereka berbual panjang di corong telefon dan selang beberapa hari berikutnya, Nabila datang ke rumah untuk berbuka puasa bersama

Loading...

Related

Hiburan 296088516157493879

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item