satusabah

BERITA SEMASA | PENGGUBAHAN WANG HARAM BERNILAI 19.2 JUTA PENGURUS BANK DIBURU

Dua lelaki termasuk seorang pegawai bank pada Khamis ditahan selepas disyaki terlibat melakukan penggubahan wang haram membabitkan nilai ...

Dua lelaki termasuk seorang pegawai bank pada Khamis ditahan selepas disyaki terlibat melakukan penggubahan wang haram membabitkan nilai RM19.2 juta.

Kedua-dua-dua lelaki terbabit ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman kira-kira 3 petang ketika hadir untuk memberi keterangan mengenai kes itu di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini.

Kedua-dua lelaki berusia 26 itu dipercayai merupakan rakan subahat suspek utama yang merupakan seorang pengurus unit di sebuah bank berusia 29 tahun yang kini dalam buruan polis.

Ketua Penolong Pengarah bahagian itu, Datuk Ahmad Marzuki Mohd Saad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

"Mereka akan didakwa di Mahkamah Ayer Keroh esok mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001," katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang guru wanita daripada keluarga berada yang membuat simpanan tetap di sebuah bank di Melaka, kerugian RM19.2 juta setelah dipercayai ditipu sindiket yang didalangi seorang pengurus bank. 

Wanita berusia 48 tahun itu membuat simpanan antaranya dalam bentuk cek, bank draf dan tunai melibatkan 81 transaksi sejak 2010 selepas suspek dipercayai menawarkan kadar bunga yang tinggi untuk simpanan tetap. 

Hasil siasatan awal polis mendapati suspek dipercayai membuat satu akaun lain menggunakan nama wanita itu untuk memindahkan wang berjumlah RM19.2 juta melalui Internet ke tiga akaun lain milik tiga lelaki.
Loading...

Related

Penipuan Pegawai bank 2757904800693856111

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item