satusabah

Berita Semasa | PKR Pecat Abdul Khalid Ibrahim Serta Merta Sebagai Ahli Seumur Hidup Parti

Akhirnya Menteri Besar Selangor Dipecat serta merta  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat serta merta sebagai ...

Akhirnya Menteri Besar Selangor Dipecat serta merta 

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat serta merta sebagai ahli seumur hidup Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu diputuskan sebulat suara dalam Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) di Ibu Pejabat Keadilan di sini, sebentar tadi. 

"Tindakan disiplin itu diambil berikutan keengganan Ahli Dewan Undangan Pelabuhan Klang itu meletak jawatan selepas didesak parti untuk berundur ," kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong pada sidang media di sini. 

Beliau berkata, Abdul Khalid juga didapati mengingkari keputusan MPP yang melantik Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Dengan pemecatan itu, Abdul Khalid kini menjadi ADUN Bebas walaupun kekal sebagai Menteri Besar," katanya. Berita Harian
Loading...

Related

Parti Keadilan Rakyat 6744745584840385408

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item