satusabah

Berita Semasa | Sabah Kerugian 1.24 Juta Akibat Kes Penipuan Transaksi Wang

Berita Semasa Negeri Sabah 09/08/2014 Sekadar Gambar Hiasan Wang Kertas RM1000 Kerugian berjumlah RM1.24 juta dicatatkan membabitkan...

Berita Semasa Negeri Sabah 09/08/2014

Sekadar Gambar Hiasan Wang Kertas RM1000
Kerugian berjumlah RM1.24 juta dicatatkan membabitkan 46 kes penipuan transaksi wang oleh individu menyamar pegawai Bank Negara dilaporkan di Sabah sepanjang tempoh empat tahun sehingga Julai lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah, Superintendan Saiman Kassim berkata, sepanjang tempoh itu, trend penipuan menunjukkan peningkatan setiap tahun iaitu tiga kes pada 2010 dengan kerugian RM66,830; tujuh kes dengan kerugian RM93,588 pada 2011 manakala pada 2012 sebanyak 12 kes membabitkan kerugian RM475,192.
Beliau berkata, lapan kes dilaporkan dengan kerugian RM167,743 pada tahun lepas manakala bagi tempoh Januari hingga Julai lepas meningkat kepada 16 kes melibatkan kerugian RM433,084
"Berdasarkan siasatan, modus operandi suspek akan menelefon mangsa memberitahu wang dalam akaun bank mangsa dalam keadaan bahaya atau sistem bank tersebut telah digodam
"Seterusnya, suspek memperdayakan mangsa supaya mengeluarkan semua wang dalam akaunnya dan memasukkan sementara ke dalam akaun bank yang diberikan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. #Bernama
Loading...

Related

penipuan 9213926731942794442

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item