satusabah

EKSPEDISI SABAH MERDEKA WALK DAPAT PERHATIAN ORANG RAMAI

Dua buah Kumpulan Ekspedisi Sabah Merdeka Day telah melakar sejarah baru untuk julung kalinya melalui program akvtiviti berjalan kaki yang ...

Dua buah Kumpulan Ekspedisi Sabah Merdeka Day telah melakar sejarah baru untuk julung kalinya melalui program akvtiviti berjalan kaki yang berlangsung sepanjang hari ini.

Dua buah kumpulan Ekspedisi iaitu daripada Ranau dan Kudat telah memulakan pergerakan mereka pada sekitar jam 8.00 pagi. Kumpulan Kudat telah dilepaskan oleh Datuk H. Kalakau Unto manakala Kumpulan daripada Ranau pula oleh YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Melalui maklumat yang diperlolehi daripada Ketua Kumpulan Ekspedisi Ranau iaitu En.Jalibin, seramai 52 peserta telah menyertai ekspedisi ini yang mana rata-ratanya adalah golongan Generasi Muda yang mempunyai semangat kental dan partriotik.

Menurut perkongsian beliau sepanjang program yang berlangsung pada hari Pertama ini, beliau mengatakan bahawa beliau sangat menduga bahawa ekspedisi ini akan mendapat sokongan moral yang tinggi daripada orang awam. Kereta-kereta yang melalui kami kesemuanya telah membunyikan "Hon" kereta sambil menjerit "Sabah Negaraku Merdeka!" 

Tidak dapat dinafikan juga bahawa sepanjang perjalanan kami, orang awam telah meminta kebenaran untuk bergambar dengan kami sebagai kenangan dan sokongan.



Beliau juga menambah, ada dua perkara yang luar biasa dan mengharukan telah berlaku pada waktu perjalanan kami yang mana terdapat dua kereta berhenti pada masa yang berlainan telah menghulurkan sumbangan ikhlas berbentuk duit sebanyak "RM100" dan juga "RM50". Kata mereka, gunakan duit ini untuk menampung perbelanjaan makanan peserta-peserta ekspedisi.

Selain itu juga, sebuah kereta yang telah memasang bendera Malaysia telah berhenti dan meminta untuk bertukar bendera kepada bendera Kebangsaan Negara Sabah. Ini kerana menurut pemandu tersebut, beliau mahu bendera Kebangsaan Negara Sabah berkibar sepanjang bulan Ogos ini sebagai tanda memperingati Hari Kemerdekaan Negara Sabah pada 31 Ogos 1963.

Orang awam dan juga pelancong asing telah memberi lambaian serta kata-kata semangat untuk terus menghabiskan perjalanan sehingga ke Kota Kinabalu.

Perkara yang sama juga dialami oleh Kumpulan Ekspedisi daripada Kudat yang mana menurut Ketua Kumpulan iaitu En.Tony Minggir, setiap kereta yang melalui mereka akan pasti membunyikan "Hon" kereta berulang kali sambil melambai dan menjerit "Saya bangga dengan kamu semua... Sabah Merdeka Selamanya!" 

Sepanjang perjalanan Ekspedisi Sabah Merdeka Day ini, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah memberikan kerjasama yang penuh dengan memastikan keselamatan setiap peserta terjamin dan juga melindungi peserta-peserta daripada ancaman luar mahupun provokasi jahat.

Daripada perkongsian cerita daripada kedua-dua ketua kumpulan ini berkaitan dengan halangan ataupun cabaran yang ditempuhi sepanjang Ekspedisi Sabah Merdeka Day Walk ini berlangsung untuk hari pertama, mereka berdua memberikan jawapan yang hampir sama dengan mengatakan bahawa cuaca yang sejuk dan hujan tidak mampu menghalang niat kami untuk menghabiskan perjalanan yang mengambil masa selama empat (4) hari ini. 

Walaupun penat tetapi misi ini mesti diteruskan. Ini kerana, mereka percaya dan yakin bahawa aktiviti seumpama ini mampu membangkitkan semangat Patrioritik dikalangan Generasi Muda Negara Sabah untuk bangkit dan berjuang bersama-sama demi Negara yang tercinta.

Aktiviti ini juga mampu menyampaikan mesej yang jelas kepada mereka yang melihat dan membacanya sama ada melalui Facebook ataupun blog bahawa jikalau kami mampu melakukan ini untuk Negara Sabah, mengapa anda tidak? Sudah tentunya anda juga boleh melakukannya demi Negara Sabah dengan menyebarkan aktiviti dan kesedaran sejarah Negara kita ini kepada semua anak-anak muda agar mereka tidak dipandu oleh fakta sejarah salah.

Sumber dihantar oleh Tanak Dusun melalui Email

***CAKAP SABAH
Berjuang untuk mendapatkan HAK yang sepatutnya diterima oleh Warga Negeri Sabah itu BETUL namun jika berjuang untuk keluar dari MALAYSIA itu masih boleh diperhalusi dan bincangkan tentang kesan jangka masa panjang dari semua sudut tidak hanya berharap kepada semangat kebangkitan 'Sabahan'. Bilamana Negeri Sabah BEBAS dari Malaysia maka pada ketika itu akan keluarlah BUAYA, IKAN JERUNG, NAGA dan segala Binatang Buas untuk.............. [pikir sendiri]
Loading...

Related

sabahan 8684233780614757919

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item