satusabah

ESSCOM umum Perintah Berkurung Yang Dilanjutkan akan Tamat Pada 17 OGOS 2014

Terkini Arahan Perintah Berkurung diumumkan semalam akan tamat pada 17 Ogos ini. Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun dalam sat...

Terkini Arahan Perintah Berkurung diumumkan semalam akan tamat pada 17 Ogos ini.


Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun dalam satu kenyataan di sini memberitahu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah meluluskan arahan pelanjutan itu yang dilaksanakan bermula 6 petang hingga 6 pagi.

"Kita ingin menyeru semua pihak agar dapat memberi kerjasama sepanjang perintah berkurung itu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," katanya di sini sebentar tadi.

Semalam, Abdul Rashid mengumumkan perintah berkurung yang diadakan di enam daerah dalam kawasan Esszone sejak dua minggu lalu dilanjutkan sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Katanya, keputusan untuk melanjutkan tempoh itu dibuat hasil perbincangan dengan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengenai keselamatan di ESSZON.
Loading...

Related

Perintah Berkurung 4600867701753906486

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item