satusabah

Gara-Gara Perkhidmatan Internet Ditutup Sementara, Gadis 15 Tahun Nekad Lari Rumah

BERITA SEMASA | BAPA RAYU ANAK PULANG IBUNYA MENANGIS KERANA RINDU Tindakan seorang ayah menutup sementara perkhidmatan jalur lebar...

BERITA SEMASA | BAPA RAYU ANAK PULANG IBUNYA MENANGIS KERANA RINDU


Tindakan seorang ayah menutup sementara perkhidmatan jalur lebar menjadi punca anak perempuannya berusia 15 tahun meninggalkan rumah sejak 6 Julai lalu.

Ayahnya, Chooi Soo Heng, 69, dari Taman Prima Putera, Puchong berkata, dia risau anaknya, Chooi Yixin akan terus ketagih melayari Internet sehingga menjejaskan pelajarannya.

“Saya tidak halang dia untuk melayari Internet, tetapi ada masanya, bukan sehingga lewat malam. Esoknya dia bertindak meninggalkan rumah sehingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat ADUN Kinrara di sini, semalam.

Katanya, dia sama sekali tidak menyangka anaknya akan bertindak sedemikian hanya disebabkan dia menegur dan menutup kemudahan jalur lebar itu.

Menurutnya, dia dan isteri, Wong Lai Chee,55, amat merindui anaknya itu kerana Chooi Yixin satu-satunya anak mereka.

“Kalau dia marahkan kami, saya minta maaf. Saya harap dia dapat pulang ke pangkuan kami,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Balai Polis Putra Perdana, Sepang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han berharap mereka yang ada meklumat mengenai remaja terbabit melaporkan kepada polis atau menghubungi pejabatnya di talian 03 80821661 ataupun menghubungi Alice di talian 012 6122144.

Lari dari rumah selepas kena marah

“Maafkan ayah...pulanglah nak,” rayu seorang bapa, Chooi So Meng, 59, kepada anak gadisnya, Chooi Yi Xin, 15, yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu.

So Meng berkata, beberapa hari sebelum kejadian dia mengaku ada memarahi dan bertindak memukul anaknya itu kerana enggan menuruti kata-katanya.

Anak tunggal berusia 15 tahun itu diberitahu terlalu ketagih melayari internet menyebabkan dia menasihati anaknya supaya meninggalkan tabiat tersebut bagi menumpukan masa untuk mengulang kaji pelajaran.

Nasihatnya tidak didengari dan kerana tidak dapat menahan marah, dia menamatkan perkhidmatan WiFi yang dilanggan sebelum memarahi serta memukul anak gadisnya itu.

Menurutnya, dia tidak menyangka tindakannya menyebabkan anaknya itu menghilangkan diri dipercayai bersama teman lelaki beberapa hari selepas kejadian, iaitu pada hari ulang tahun Yi Xin yang ke-15.

“Pada 6 Julai hari itu, anak saya ada minta izin nak pergi ke pusat beli-belah, tapi saya tak sangka dia akan hilangkan diri sampai sekarang,” katanya.

Telefon bimbit milik anaknya juga tidak dijawab menyebabkan dia membuat laporan polis lima hari selepas anaknya tidak pulang ke rumah.

“Beberapa hari lepas saya buat laporan polis, Yi Xin ada telefon dan tanya macam mana dia nak hendak balik sebab saya dah buat laporan, lepas itu terus terputus hubungan dengannya,” katanya.

So Meng berkata, dia cuba mencari di beberapa tempat sering dikunjungi anaknya malah pernah ke KLIA, namun anaknya gagal ditemui.

“Saya rayu sangat dia pulang ke rumah, ibunya nangis setiap malam teringatkan dia,” katanya selepas mengadukan perkara itu kepada Adun Kinrara, Ng Sze Han.

Sementara itu, Sze Han meminta sesiapa yang ternampak remaja itu agar menghubungi pejabatnya di talian 03-80821661 atau 012-6123144. 

Related

Khidmat Masyarakat 3225284955202019729

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item