satusabah

ISU SABAH KELUAR MALAYSIA | Apa Kata Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin menasihatkan golongan tertentu di negeri ini ,supaya tidak meneruskan provikasi dan perb...

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin menasihatkan golongan tertentu di negeri ini ,supaya tidak meneruskan provikasi dan perbuatan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat di negeri ini.

Datuk Bung Mokhtar Radin
Katanya, akhir-akhir ini terdapat kecendurangan pihak pihak yang tidak bertanggungjawab mencetuskan pelbagai provokasi terutamanya di media maya yang boleh mengugat keharmonian,keselamatan dan mancabar kedaulatan Negara dengan tidak mengiktiraf sambutan ulang tahun kemerdekaan Negara sebaliknya menjadikan sambutan tersebut sebagai ulang tahun kemerdekaan Sabah termasuklah mengajak rakyat hanya mengibarkan bendera Sabah untuk sambutan Kemerdekaan Negara tahun ini.

Menurut beliau lebih membahayakan ialah provokasi yang diwar-warkan oleh pihak pihak bertanggungjawab ini untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia.

“ Walaupun ia dianggap sebagai provokasi yang ditulis di dalam media tertentu terutamanya Halaman Sosial (Facebook) , namun ianya memberikan kesan negetif kepada rakyat terutamanya golongan muda yang membacanya dan boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat di Negara ini” katanya.

“ Kita minta , kerajaan khususnya pihak berkuasa memantau dan sentiasa melihat dan memerhati tindakan golongan berkenaan dan bertindak sewajarnya berlandaskan undang-undang dan peruntukan Perlembagaan” katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan tindakan golongan tertentu yang menggunakan media sosial untuk membangkit provokasi bertujuan menggugat perpaduan rakyat dan keutuhan Negara selepas melepaskan jalur gemilang kembara merdeka kota kinabatangan,dekat sini kemarin.

Menurut Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan sebagai sebuah negara berbilang kaum, pelbagai anutan agama dan kedudukan geografi yang berbeza tidak dapat dinafikan akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kerenah, bagaimanapun kita mempunyai saluran tertentu untuk melahirkan rasa ketidakpuasaan kita kepada kerajaan terutamanya dari aspek pembangunan dari mencetuskan provokasi yang boleh memporakparanda keharmonian dan keamanan.

“ Setiap rakyat harus menanamkan rasa tanggungjawab serta menghormati perlembagaan dan undang-undang negara dan tidak mencabar mengikut kehendak nafsu peribadi tanpa mengambilkira implikasi buruknya kepada rakyat dan Negara khususnya generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan Negara pada masa akan datang” katanya. 

Beliau berkata rakyat Malaysia harus berbangga dan bersyukur kerana dapat hidup dalam negara yang aman dan makmur hasil daripada dasar serta perlaksanaan pelbagai program kerajaan.

“Setiap rakyat boleh hidup bebas, memperoleh pekerjaan, berpeluang mencari rezeki dan menikmati pelbagai bantuan kerajaan. Keselesaan sebegini tidak banyak dikecapi oleh negara lain,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berusaha sebaiknya untuk menguruskan negara dengan penuh amanah. - BERNAMA
Loading...

Related

semasa Sabah 1137063196017361365

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item