satusabah

Jabatan Meteorologi Malaysia Lapor Empat Kejadian Gempa Bumi 17/08/2014

Antara Kesan apabila Berlaku Gempa Bumi yang Kuat Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini melaporkan empat kejadian gempa bumi sederhana...

Antara Kesan apabila Berlaku Gempa Bumi yang Kuat
Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini melaporkan empat kejadian gempa bumi sederhana berlaku dengan kekuatan 5.1 hingga 5.5 skala Ritcher.

Kejadian pertama dilaporkan pada pukul 12.30 pagi membabitkan gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.0 pada skala Ritcher di sempadan wilayah Myanmar dan India.

Lokasi gempa itu adalah 303 kilometer di barat laut Monywa, Myanmar dan 2,099 kilometer dari barat laut Padang Besar, Perlis.

Pada pukul 2.23 pagi pula, satu lagi kejadian berlaku di Kepulauan Vanuatu, 510 kilometer Tenggara Lata, Kepulauan Solomon dan 5,829 kilometer dari Semporna, Sabah dengan kekuatan 5.5 skala Ritcher.

Kejadian ketiga berlaku pada pukul 6.08 pagi di Sichuan, China, 297 kilometer di barat daya Chengdu dan 2,402 kilometer dari timur laut Padang Besar, Perlis dengan kekuatan 5.2 skala Ritcher.

Satu lagi gempa bumi berlaku di Laut Banda, 399 kilometer timur laut Kupang, Indonesia dan 1,511 kilometer dari Semporna, Sabah pada pukul 10.38 pagi ini dengan kekuatan 5.5 skala Ritcher.

Keempat-empat gempa bumi itu bagaimanapun tidak mencatatkan ancaman tsunami. - 
UTUSAN ONLINE
Loading...

Related

Malaysia 7836363711073854625

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item