satusabah

Jana RM30 daripada blogger yang anda perkenalkan

Jana income blog menerusi Advertorial.MY . Peluang kini semakin luas untuk blogger Malaysia menjana pendapatan menerusi penulisan advertori...

Jana income blog menerusi Advertorial.MY. Peluang kini semakin luas untuk blogger Malaysia menjana pendapatan menerusi penulisan advertorial. 

Jika dulu, peluang untuk menulis penulisan berbentuk advertorial ini agak sukar untuk dapat, terutama buat blogger baru. Penulisan berbentuk advertorial di dalam blog adalah salah satu punca pendapatan blogger yang sangat lumayan.

Jika anda seorang blogger yang bersama Nuffnang (medium pengiklanan); anda tentu perasan ada sesetengah blogger yang telah ada nama selalu sahaja dapat bentuk pengiklanan advertorial ini. 

Mereka dibayar untuk satu-satu post atau entri yang ditulis yang diberikan oleh Nuffnang. Ada yang cecah ribuan ringgit. 

Jana Income Blog Menerusi Penulisan Advertorial (Advertising + Editorial)

Jana Income Blog Menerusi Advertorial (dot) MY

Kali ini peluang sudah terbuka luas. Menerusi Advertorial.my; blogger Malaysia tak kira baru mahupun lama boleh mencuba nasib dengan mengiklan blog sendiri bagi mendapatkan peluang penulisan berbentuk advertorial yang dibayar, bermula dari RM50 sehinggalah mencecah RM500 untuk satu post.

Betul. Penulisan berbentuk advertorial memang lumayan sebagai sumber pendapatan blog. Blogger terkenal Malaysia Redmummy misalnya; jana income puluh ribu disebabkan menulis entri berbentuk advertorial ini. 

Bagaimana nak dapatkan peluang menulis advertorial menerusi Advertorial.MY?

Pertama sekali, anda perlu mengiklankan blog dan servis advertorial anda. Iklankan blog anda di dalam direktori blogger di Advertorial.MY. Untuk mengiklankan blog anda, anda hanya perlu daftar menerusi pautan ini - Klik Sini!

Setelah mendaftar, anda perlu isi butiran dan kelebihan blog anda. Kemudian, anda tunggu pengiklan yang berminat nak dapatkan khidmat anda. Setiap kali pengiklan mahu mendapatkan servis advertorial daripada anda, satu email akan dihantar terus kepada anda. Anda tidak perlu untuk login ke Advertorial.MY. 

Urusan seterusnya adalah antara anda dengan pengiklan yang berminat hanya menerusi email.

Tentukan Caj Servis Penulisan Advertorial Mengikut Kekuatan Blog

Anda berhak tentukan caj atau harga penulisan advertorial yang anda sediakan di blog. Anda boleh bermula dari RM50 atau boleh sahaja menetapkan RM150 - RM300 untuk satu-satu blog post. Tetapi kena pastikan nilai yang anda berikan itu berbaloi untuk pengiklan dan tidak pula meletakkan nilai yang di bawah harga. Rugi jika blog anda ada kekuatan tertentu, tetapi anda letakkan harga serendah RM30 atau RM10 untuk advertorial, serius ia tidak berbaloi.


Saya cadangkan buat blogger Malaysia, jika mahu beri servis advertorial, letakkan harga permulaan antara RM50-RM150. Syarat dan terma anda tentukan sendiri, sebab anda kena ingat, setiap kali anda menulis advertorial, entri tersebut samada kekal ataupun anda buang setelah tamat tempoh tertentu.

Advertorial Beri Kelebihan dan Keuntungan Jangka Panjang Pengiklan

Pengiklan dapat untung berterusan disebabkan entri anda, tetapi anda dapat bayaran sekali hanya tetapkan RM50 untuk blog post. Rugi tu. Bukan rugi biasa-biasa, rugi banyak sebenarnya. Pastikan ia berbaloi untuk anda dan pengiklan.

Menerusi Advertorial.MY, apabila ada pengiklan hantar email untuk mendapatkan servis; maka lakukan urusan penetapan harga bagi setiap advertorial yang anda akan tulis. Pandai-pandailah anda berurusan, sebab bukan mudah nak yakinkan pengiklan ini.

Berminat nak dapatkan tawaran penulisan advertorial? Jika anda ada blog, dan mahu dapatkan income blog menerusi penulisan berbentuk advetorial ini, bolehlah daftarkan diri dan blog anda di sini.

Selamat mencuba.

Penerangan dipetik daripada blog hasrulhassan.com
Loading...

Related

perkongsian ilmu 65207588224936642

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item