satusabah

Kemaskini Kejadian Puting Beliung di Kampung Mempakad, Pitas

Kemaskini Gambar kejadian Puting Beliung di Pitas Sebanyak 20 buah rumah papan atas air melibatkan 25 keluarga di Kampung Mampakad, Pita...

Kemaskini Gambar kejadian Puting Beliung di Pitas

Sebanyak 20 buah rumah papan atas air melibatkan 25 keluarga di Kampung Mampakad, Pitas, Sabah rosak di landa  puting-beliung yang berlaku pukul 7.30-malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Mohd Isa Yusof ketika dihubungi pemberita RTM berkata, seorang warga emas lelaki berusia 62 tahun mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.

Menurut beliau, pihak polis hanya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada penduduk kampung sekitar jam 9-malam.

Daripada 20 buah rumah itu, hanya sebuah yang rosak 100 peratus manakala 2 buah mengalami kerosakan 70 peratus dan selebihnya hanya mengalami kerosakan 20 hingga 30 peratus.

Menurut Superintenden Mohd Isa, bantuan segera telah disalurkan  pihak polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Kebajikan di tempat kejadian.

Mangsa terjejas ditempatkan sementara di dewan kampung Mampakad manakala sebahagian lagi menumpang di rumah saudara mara dan jiran.






Sumber Gambar : SKUAD ALFA BERITA RTM KK
Loading...

Related

Puting Beliung 4701684265880609023

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item