satusabah

Kemaskini Perkembangan MH370 | Sepasang Suami Isteri Direman

TERKINI : Kes MEMINDAH dan MENGELUARKAN wang daripada akaun Mangsa Pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH37 Ketua Polis Dae...

TERKINI : Kes MEMINDAH dan MENGELUARKAN wang daripada akaun Mangsa Pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH37

PortalSabah

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata, kedua-dua mereka direman dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 bagi membantu siasatan. 

Pasangan itu ditahan semalam selepas dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun seorang pramugara. 

Suspek wanita yang berusia 33 tahun, bekerja di bank berkenaan sejak 10 tahun lepas ditahan di rumahnya di Ampang pada 4 petang manakala suaminya, 33, ditahan di bengkel kereta ketika membaiki keretanya di Ampang. 

Berikutan itu, polis kini sedang mengesan seorang lelaki warga Pakistan berusia lingkungan 30 tahun, dipercayai terlibat dalam kes sama. 

Rabu lepas media melaporkan sebanyak RM110,643 milik keempat-empat individu itu lesap daripada akaun bank mereka, dipercayai dipindahkan oleh kakitangan bank tanpa kebenaran. 

Siasatan awal polis mendapati daripada jumlah itu, sebanyak RM35,000 dipindahkan ke akaun kelima menerusi perbankan internet. 

Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan daripada empat akaun berkenaan. BERNAMA 

Related

terkini mh370 603616902240396681

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item