satusabah

Kemaskini Perkembangan Tragei MH17 09/08/2014

Sehingga 09/08/2014 : Dua Rakyat Malaysia Telah Dikenal Pasti Berita Terkini Nahas MH17 KEMASKINI PERKEMBANGAN NAHAS MH17 : Dua raky...

Sehingga 09/08/2014 : Dua Rakyat Malaysia Telah Dikenal Pasti

Gambar MH17
Berita Terkini Nahas MH17
KEMASKINI PERKEMBANGAN NAHAS MH17 : Dua rakyat Malaysia merupakan antara 21 mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dikenal pasti oleh pasukan forensik, kata Kerajaan Belanda pada Jumaat.

Selain dua rakyat Malaysia, 21 mangsa terdiri daripada 16 warga Belanda, Britain (1), Jerman (1) dan Kanada (1).

Pesawat MH17 dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Sebelum ini, mangsa rakyat Malaysia yang pertama dikenal pasti oleh pasukan forensik Belanda dipercayai Elaine Teoh, 27, berasal dari Pulau Pinang.

Difahamkan teman lelaki mangsa Emiel Mahler, 27, yang bersama-sama dengan Teoh dalam pesawat berkenaan masih belum dapat dikenal pasti sehingga kini. 

Teoh dan Mahler sedang bekerja dalam sektor kewangan di Melbourne dalam perjalanan ke Malaysia selepas menikmati percutian mereka di Portugal dan Belanda. 

Sebelum ini pernah dilaporkan, teman baik Teoh, Tan Sook Then sepatutnya menjemput pasangan ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Julai. MSTAR ONLINE
Loading...

Related

tragedi mh17 8041218068885875332

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item