satusabah

Kemaskini : Punca kapal terbang Penumpang Terhempas di Lapangan Terbang Mehrabad, Tehran

PUNCA KAPAL TERBANG TERHEMPAS DI IRAN Sebuah kapal terbang membawa 40 penumpang dan lapan anak kapal terhempas di kawasan perumahan se...

PUNCA KAPAL TERBANG TERHEMPAS DI IRAN
Sebuah kapal terbang membawa 40 penumpang dan lapan anak kapal terhempas di kawasan perumahan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Mehrabad, Tehran, pagi Ahad, agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan, memetik jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Iran dan wartawannya sendiri.

Laporan awal menyatakan 34 penumpang, termasuk kanak-kanak, terbunuh dalam kemalangan itu.

Terdapat lapan mangsa yang dilaporkan tercedera, menurut laporan dnd.com.pk.

Pesawat penerbangan Taban Air itu berlepas ke Tabas, di timur laut Iran dan terhempas di blok kediaman Azad di Mina 6 Boulevard, menurut laporan, namun terdapat saksi yang menyatakan ia berlaku di kawasan terbuka zon ketenteraan yang dimiliki Industri Pertahanan Iran yang terletak 6km dari timur lapangan terbang.

IRNA melaporkan bahawa enjin yang terhenti menyebabkan berlakunya kemalangan.

Sektor penerbangan Iran telah mengalami kemalangan yang berulang-ulang yang mana ahli politik Iran sering mengaitkannya dengan sekatan antarabangsa.

Sekatan termasuklah menghadkan syarikat penerbangan Iran daripada membeli pesawat baharu.

Selama bertahun-tahun, pesawat-pesawat dapat meneruskan perkhidmatan melalui bahagian-bahagian alat ganti yang diimport di pasaran gelap, atau dikeluarkan semula di dalam negara, menurut sumber penerbangan.

Empat syarikat penerbangan Iran - Iran Air, Iran Aseman Airlines, Mahan Air dan Iran Air Tours kesemuanya mempunyai purata umur pesawat di atas 22 tahun, lapor media Iran.

Mereka memberikan khidmat kepada pasaran yang terdiri daripada 76 juta orang.

Syarikat-syarikat AS, Boeing Co and General Electric Co berkata mereka sedang berusaha untuk mengeksport bahagian-bahagian alat gantian untuk Iran di bawah perjanjian untuk melegakan sekatan.

Ketua Iran Air berkata syarikat penerbangan itu memerlukan sekurang-kurangnya 100 pesawat penumpang apabila sekatan terhadap negara itu ditarik balik.

Mehrabad terletak di pinggir bandar barat Tehran dan memainkan fungsi utamanya sebagai lapangan terbang domestik, walaupun ia juga menawarkan khidmat untuk beberapa laluan antarabangsa. Mstar Online
Loading...

Related

Kemaskini Berita 1376035834457502343

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item