satusabah

Kemaskini | Wanita Cedera Ditikam Ketika disamun dalam Kejadian di Tawau

Seorang wanita cedera selepas ditikam berkali-kali menggunakan keris apabila disamun di rumahnya berdekatan Kiani Lestari Transport, Kg....

Seorang wanita cedera selepas ditikam berkali-kali menggunakan keris apabila disamun di rumahnya berdekatan Kiani Lestari Transport, Kg. Pasir Putih pada Rabu.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, mangsa Norlela Mohd Suni, 39, mengalami luka akibat tikaman di bahagian belakang tengah badan, lengan kiri dan jari di kedua-dua belah tangan.

Ketua Polis Daerah, ACP Awang Besar Dullah berkata, ketika kejadian mangsa sedang bersendirian di rumah sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Lelaki itu telah masuk ke dalam rumah dan mengacukan senjata berupa keris ke arah mangsa sambil meminta barangan milik mangsa.

“Apabila mangsa enggan bekerjasama, suspek bertindak menusuk ke arah mangsa berkali-kali dan mangsa melindungi diri,” katanya ketika dihubungi.

Suspek katanya, melarikan diri selepas mengambil barang-barang mangsa manakala mangsa pula keluar ke simpang jalan untuk dapatkan bantuan sebelum dijumpai oleh orang awam.

Mangsa seterusnya dibawa oleh orang awam ke wad kecemasan Hospital Besar Tawau untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Hasil siasatan katanya, tempat kejadian merupakan rumah pekerja Syarikat Kiani Lestari Transport, iaitu tempat suami mangsa bekerja.

“Tiada CCTV atau sekuriti di tempat kejadian, kawasan rumah adalah tidak berpagar dan pada waktu kejadian, tiada saksi yang nampak atau pekerja di kawasan berdekaran,” ujarnya.

Beliau memberitahu terdapat beberapa barangan mangsa yang hilang antaranya wang tunai RM200, telefon bimbit jenis Nokia, rantai emas dan passport.

Beliau juga menolak kemungkinan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dikaitkan dengan kumpulan kongsi gelap tertentu.
Loading...

Related

rompakan 4581073109498929943

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item