satusabah

Kerana RM10 | Samseng Kampung Menganiaya dua remaja berumur 14 dan 10 Tahun

Dipetik dari Artikel UTUSAN BORNEO Dua budak lelaki diperdaya samseng kampung apabila ditawarkan bersiar-siar menaiki motosikal mere...

Dipetik dari Artikel UTUSAN BORNEO

Dua budak lelaki diperdaya samseng kampung apabila ditawarkan bersiar-siar menaiki motosikal mereka selepas pulang dari sekolah sebelum dirompak, semalam.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa yang berusia 10 dan 14 tahun ketika kejadian berjalan pulang dari sekolah mereka di Rampangi di sini apabila didatangi dua lelaki sekitar jam 1 petang.

Dua lelaki tersebut yang dipercayai samseng kampung telah mengajak mangsa bersiar-siar di sekitar kawasan kampung sebelum berjanji akan menghantar mereka pulang.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa yang terperdaya kemudian dibawa ke satu kawasan sunyi di kampung berkenaan sebelum mereka ditolak jatuh dari atas motosikal.

“Bukan setakat itu sahaja, kedua-dua suspek terbabit merampas beg duit kedua-dua mangsa yang mengandungi kira-kira RM10 sebelum beredar dari tempat kejadian,” kata sumber.

Mangsa yang tercedera kemudian terus pulang ke rumah mereka sebelum mereka dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, kedua-dua mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian.

Sementara itu dalam satu kejadian berasingan, seorang pengawal keselamatan mengalami kecederaan di dahinya dipercayai akibat dicucuk alat pemutar skru di sebuah kilang petang kelmarin.

Sumber memberitahu, mangsa, 31, dari Kampung Pulo Ulu semasa kejadian sedang bertugas dan bertindak menahan seorang lelaki yang dilihat mencurigakan di kawasan kilang di Demak Laut itu sekitar jam 4 petang.

“Berlaku pertengkaran di antara mereka selepas itu, di mana mangsa telah ditikam di dahinya dipercayai menggunakan alat pemutar skru sebelum suspek beredar dari tempat kejadian,” kata sumber.

Mangsa yang berlumuran darah segera mendapatkan bantuan dan dikejarkan ke HUS untuk rawatan.

Related

Sarawak 77942034595742074

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item