satusabah

KES DADAH | Wanita Warga Filipina Ditahan Dekat KLIA kerana didapati Miliki 3.1 Killogram Syabu

Seorang wanita Filipina ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kerana memiliki syabu seberat 3.1 kilogram semalam untuk dipasa...

Seorang wanita Filipina ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kerana memiliki syabu seberat 3.1 kilogram semalam untuk dipasarkan di negara ini.
    

Dadah tersebut sebanyak lima bungkusan bernilai RM620,000.    

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata wanita berusia 39 tahun itu yang baru tiba dari New Delhi, India ditahan pada jam 7.35 pagi.
    



Beliau berkata syabu berbentuk ketulan kristal itu ditemui dalam beg pakaian suspek.
    
"Bahan yang disyaki itu disorok dengan timbunan baju di bahagian bawah beg yang dibawa bersama oleh wanita tersebut," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
   
Noor Rashid berkata pihaknya turut merampas mata wang Malaysia, Amerika Syarikat, India, Filipina dan Thailand daripada suspek.
    
Suspek kini direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Merbahaya 1952.
   
Beliau berkata suspek pertama kali tiba di negara ini dan dia tidak mempunyai rekod lampau.
    
"Hasil siasatan awal didapati suspek akan diberi upah sebanyak RM5,000 bagi setiap kegiatannya mengedarkan dadah ke negara ini," katanya.
    

Rampasan itu adalah hasil kerjasama perkongsian maklumat antara pihak berkuasa Malaysia dan pihak penguatkuasaan narkotik antarabangsa.  
-Bernama-

Loading...

Related

Syabu 3016436800737677659

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item