satusabah

KES PEMINJAM "AH LONG DI SABAH | BUDAK 18 TAHUN DITAHAN POLIS

Seorang Remaja 18 Tahun berasal dari Johor ditahan Polis di Kota Kinabalu disyaki terlibat dalam kegiatan pinjam wang tanpa lesen selepas P...

Seorang Remaja 18 Tahun berasal dari Johor ditahan Polis di Kota Kinabalu disyaki terlibat dalam kegiatan pinjam wang tanpa lesen selepas Polis menerima aduan AH Long masih mengganggu walaupun hutang sudah diselesaikan.

Polis Sabah menahan seorang remaja lelaki yang disyaki terlibat dengan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen atau ah long di Kota Kinabalu.

Ketua jabatan itu Supt Saiman Kasran berkata, lelaki berusia 18 tahun dan berasal dari Johor Baharu itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu pejabat Polis Penampang pada Jumaat lepas.

“Turut dirampas daripada suspek sebuah kereta dan beberapa dokumen yang disyaki digunakan dalam kegiatan tersebut untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Saiman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang (APPW) 1951 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM1,000,000 atau hukuman penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan sekiranya kesalahan berulang boleh dikenakan sebatan.

Beliau berkata polis menerima aduan daripada seorang kontraktor lelaki berusia 37 tahun yang mendakwa dirinya diganggu oleh ah long  berhubung pinjaman wang yang dibuatnya sejak Mei lepas.

“Menurut aduan pada 19 Ogos lepas, pengadu mendakwa meskipun banyak hutang telah dijelaskan olehnya tetapi ah long tersebut masih lagi datang menagih hutang daripadanya,” katanya.


Saiman berkata polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kegiatan ah long supaya menyalurkannya kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di talian 088-454690 atau mana-mana balai polis.


***CAKAP SABAH
Pikir-pikir dulu sebelum pinjamlah.. 
Loading...

Related

Sabah 7916620775296102259

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item