satusabah

KES SABUNG AYAM | SANGGUP TERJUN SUNGAI ASALKAN TIDAK DITAHAN POLIS

BERITA SEMASA NEGERI SARAWAK | KAKI SABUNG AYAM DICEKUP Seramai 32 orang kaki sabung ayam dicekup dalam satu serbuan di sebuah kawa...

BERITA SEMASA NEGERI SARAWAK | KAKI SABUNG AYAM DICEKUP



Seramai 32 orang kaki sabung ayam dicekup dalam satu serbuan di sebuah kawasan lapang di Bukit Penyau di sini, petang semalam.

Kehadiran polis secara mengejut menyebabkan lebih 100 orang bertempiaran bagi mengelak diri daripada ditangkap.

Difahamkan, ada yang melarikan diri dengan terjun ke sungai berdekatan, namun keadaan arus yang agak deras menyebabkan beberapa orang daripada mereka berenang kembali ke tebing sungai.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas tujuh ekor ayam hidup, empat ekor bangkai ayam, sebilah taji, sebuah alat penimbang, sekeping papan putih dan wang tunai RM184 dipercayai wang pertaruhan.

Mereka yang berjaya dicekup diheret ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian berasingan, sebuah premis menjual produk penapisan air yang terletak di tingkat satu sebuah bangunan di Jalan Pahlawan di sini dipecah masuk pencuri malam kelmarin.

Seorang pekerja menyedari kejadian itu selepas membuka pejabat pagi semalam apabila mendapati pagar gelongsor di tingkat bawah dirosakkan, manakala pintu pejabat di tingkat atas diumpil.

Pengadu memberitahu dua komputer riba, sebuah komputer peribadi dan perakam CCTV hilang.

Kerugian dianggarkan mencecah RM10,000.

Related

Utusan Borneo 6163097325040731985

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item