satusabah

Peluang Pendidikan | Permohonan ke IPTA yang GAGAL Cuba Mohon Politeknik

Politeknik Kota Kinabalu Lepasan program matrikulasi, asasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPTM) yang gagal mendapat tawaran ...

Politeknik Kota Kinabalu
Politeknik Kota Kinabalu
Lepasan program matrikulasi, asasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPTM) yang gagal mendapat tawaran masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) boleh memohon untuk memasuki Politeknik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPM), pengambilan Politeknik bagi sesi Disember dibuka sejak Ahad lalu dan akan berakhir 25 September depan.

KPM berkata, sebanyak 16,000 tempat disediakan untuk pengambilan kali ini.

"Politeknik menawarkan kira-kira 38,000 tempat setiap tahun.

"Sila gunakan peluang ini untuk mendapatkan tempat di institusi pengajian tinggi (IPT)," menurut kenyataan KPM yang dikeluarkan pada Selasa.

Kenyataan itu turut menyebut, pengajian tinggi tidak terhad hanya kepada aliran akademik di universiti sahaja.

"Bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) merupakan bidang yang menawarkan peluang pekerjaan dan pengajian yang lebih tinggi. 

"TEVT boleh diikuti melalui program pengajian yang ditawarkan oleh Malaysian Technical University Network (MTUN) yang terdiri daripada UTeM, UMP, UTHM, UniMAP serta Politeknik dan Kolej Komuniti," kata kenyataan itu.

Sementara itu, bagi kemasukan ke Kolej Komuniti sebanyak 18,000 tempat disediakan kepada calon yang layak pada setiap tahun.
Loading...

Related

Pendidikan 3917463913991612466

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item