satusabah

Perkembangan Kes Culik Anggota Polis Sabah | 42 Panggilan Telefon Direkod

LAPORAN TERBARU : Menurut laporan Portal Berita Harian hari ini Konstabel Zakiah Aleip ada berkomunikasi dengan pihak Polis dan menyataka...

LAPORAN TERBARU : Menurut laporan Portal Berita Harian hari ini Konstabel Zakiah Aleip ada berkomunikasi dengan pihak Polis dan menyatakan dia kini Sihat dan Selamat.


Ikuti laporan yang dipetik dari Artikel Berita Harian :

Konstabel Zakiah Aleip setakat ini sudah membuat sebanyak 42 panggilan telefon kepada keluarganya sejak dia diculik sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, Semporna, pada 12 Julai lalu. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman, berkata mangsa turut berkomunikasi dengan pihak polis dan mengatakan dia kini sihat dan selamat. 

"Bagaimanapun, beliau (Zakiah) tidak memberitahu di mana lokasi sebenar dia berada kerana kumpulan penculik terbabit sering berpindah kawasan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa Filipina. 

"Rundingan kini masih berjalan kerana apa yang diminta (tebusan) oleh kumpulan terbabit terlalu tinggi, namun apa yang penting Zakiah kini berada dalam keadaan selamat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, sebentar tadi. -BHARIAN

Sama-sama kita mendoakan Keselamatan Anak Sabah ini. Kepada isteri dan keluarga semoga anda akan tabah menghadapi ujian dari-NYA. -satusabah.com
Loading...

Related

Kes penculikan di semporna 4184205351720072868

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item