satusabah

Putatan Sabah | Berhati-hati Selalu Kerana di Mana Sahaja Ada Yang Memerhati

Kejadian Pada  2 ogos 2014,   Cubaan ragut di maybank Putatan Sabah Awas.. berhati hati selalu kerana 'sepsis, seperti ini akan s...

Kejadian Pada 2 ogos 2014,  Cubaan ragut di maybank Putatan Sabah

Awas.. berhati hati selalu kerana 'sepsis, seperti ini akan sentiasa mencari ruang dan peluang...

Lebih kurang jam 21:02 / 9:02mnit malam tadi, saya pergi berurusan di ATM Maybank Putatan. Bank tersebut (ruangan mesin ATM diletakkan) hanya ada 3 orang iaitu saya, seorang lelaki A berumur lingkungan 28 tahun, dan seorang wanita lingkungan 35tahun berserta 4 anak kecil.

Secara tiba tiba, suspek (seperti dalam gambar) telah masuk ke dalam bank tersebut lalu meminta wang kepada saya. Saya tidak mengendahkan lelaki tersebut membuatkan dia beralih kepada wanita tersebut. Wanita tersebut dengan reaksi ketakutan enggan memberi wang kepada suspek, menyebabkan suspek cuba untuk merampas wang daripada wanita tersebut.

Namun, saya telah menengking lelaki tersebut telah menyebabkan dia melarikan diri. Tindakan pantas lelaki A untuk menutup pintu bank telah membuahkan hasil apabila seramai 4 lelaki datang membantu untuk menyoal dan menahan lelaki tersebut.

Beberapa minit kemudian, apabila keadaan beransur tenang, lelaki tersebut melarikan diri. Kami telah meminta pekerja restoran Sinar Mustika untuk menghalang lelaki tersebut. Malangnya mereka tidak mempunyai keberanian dan kelihatan sedikit teragak agak.

Beberapa minit kemudian anggota Polis dtg ke tempat kejadian. Gambar telah ditunjukkan dan melalui perbualan, mereka telah mengenalpasti suspek. Saya yakin mereka dlm usaha memburu suspek yg disyaki penagih dadah.

Kesimpulannya, jangan terlalu berbaik sangka terhadap golongan begini. Sentiasa berwaspada akan keselamatan diri dn org sekeliling. Gerak hati saya dan lelaki A untuk mencurigai lelaki tersebut, ternyata berbaloi kerana seorang lagi individu telah terselamat drpd menjadi mangsa sampah seperti ini. 

Saya ucapkan terima kasih kpd mereka yg membantu menahan suspek sehingga gambar berjaya dirakam bagi tujuan rekod pihak berkuasa. Saya yakin pihak berkuasa akan dpt menjejaki suspek.

Sumber : Izzal Suhaimi

SILA SHARE , SHARING IS CARING!

**Kalau nda salah macam dialah ni yang selalu masuk restoran minta2 tu. Yang itu nda apa tapi yang bikin tekejut bila dia cium tangan tiba-tiba.. Memang bikin takut jugalah..
Loading...

Related

Putatan 7325988452322124072

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item