satusabah

Sarawak Semasa | Perompak Guna Teknik Tanya Dulu Bertanya Sebelum Merompak

S ekumpulan perompak memperdayakan mangsa dengan bertanya harga minuman sebelum mengacukan parang kepada mangsa dan meminta wang dalam k...

Sekumpulan perompak memperdayakan mangsa dengan bertanya harga minuman sebelum mengacukan parang kepada mangsa dan meminta wang dalam kejadian samun di beberapa premis makanan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian berlaku awal pagi itu, dua premis makanan dikenal pasti dan beberapa kedai makanan lain didatangi penyamun yang mengambil kesempatan ketika mangsa baharu memulakan perniagaan.

Kes pertama berlaku seawal jam 6 pagi apabila dua pekerja sebuah premis makanan di kawasan perumahan Bebanggai di sini yang baharu memulakan jualan didatangi pelanggan bertanyakan harga minuman.

Seorang mangsa berkata, pelanggan tersebut yang memakai topi keledar memasuki kedai dan bertanya harga minuman terdapat dalam peti ais.

Ketika hendak mendapatkan minuman, suspek mengeluarkan parang yang disembunyikan di dalam bajunya dan mengacukan ke arah mangsa sambil meminta wang.

Gara-gara takut, mangsa yang cemas terus mengambil wang yang ada di dalam laci dan menyerahkannya kepada suspek sedangkan ketika itu cuma ada RM15.

Selepas mendapatkan wang, suspek beredar dengan menunggang motosikal bersama dua rakan yang menunggu di luar premis terbabit.

Kes kedua berlaku selang sejam dipercayai selepas memperolehi hasil rompakan pertama apabila kumpulan sama ‘mencuba nasib’ di sebuah lagi premis makanan di kawasan Medan di sini.

Menurut mangsa yang juga isteri pemilik premis makanan tersebut, suspek memasuki kedai mereka dan bertanyakan harga minuman.

Setelah mangsa menghampirinya, suspek mengeluarkan parang yang disembunyikan di dalam bajunya dan mengacu ke arah mangsa sambil meminta wang.

“Saya sendirian ketika itu kerana kami sibuk dengan urusan masing-masing.

Ada yang membeli barang mentah untuk jualan dan menghantar anak-anak ke sekolah.

“Kebetulan kami baharu memulakan operasi kedai apabila didatangi pelanggan menggunakan helmet.

Suspek mengacukan parang kemudian meminta wang.

“Saya minta suspek letak parangnya sebelum mengambil wang untuk diberi kepadanya.

Dia menurut permintaan saya dan mengiringi saya menuju ke meja tempat laci menyimpan wang.

“Saya memberitahu cuma ada duit syiling sebab kedai baharu hendak beroperasi.

Dia tak kisah terus mengambil wang tersebut,” katanya.

Pada masa sama, suspek sempat melihat telefon mangsa dan minta diserahkan kepadanya sebelum beredar.

Namun, perbuatan suspek dikesan melalui rakaman CCTV beberapa kedai berdekatan sebelum memasuki premis makanan dan selepas melakukan kegiatannya.

Berdasarkan rakaman tersebut, suspek adalah orang yang sama menyamun premis-premis terbabit yang dicam melalui gambar yang diambil.

Difahamkan, kumpulan terbabit turut memasuki beberapa premis lain di bandar Betong dan menggunakan taktik sama sebelum menyamun.

Laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian tersebut.
Loading...

Related

Utusan Borneo 7436184685297669392

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item