satusabah

SEMASA : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Ingatkan Agar Menjaga Kebersihan

Pengiktirafan Kolej Global Masterskill Kota Kinabalu sebagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Tanpa Sampah dan Penyertaan Kempen Pengura...

Pengiktirafan Kolej Global Masterskill Kota Kinabalu sebagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Tanpa Sampah dan Penyertaan Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik di Kota Kinabalu.

Pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mahu kesemua premis dan kawasan yang mendapat pengiktirafan sebagai premis tanpa sampah agar memastikan kawasan sekitarnya bebas daripada sampah setiap masa. 

DBKK akan menarik balik dan menamatkan pengiktirafan yang diberi seandainya terdapat premis yang sampah sarap dibuang merata-rata tempat di sekitar premis mereka kata Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir. 

Beliau menegaskan hal tersebut ketika berucap dalam Majlis Pengiktirafan Kali Ke-2 Kolej Global Masterskill Kota Kinabalu sebagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Tanpa Sampah dan Penyertaan Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik di Kota Kinabalu.

Tegasnya sejak DBKK memperkenalkan Kempen Anti Kutu Sampah pada 2008, sebanyak 92 premis medapat pengiktirafan sebagai premis tanpa sampah manakala sebanyak 320 penyertaan diterima dalam Kempen Pengurangan Penggunaan Plastik.


Kolej Global Mastwerskill Kota Kinabalu merupakan IPT ke-2 di negeri ini yang menerima pengiktirafan berkenaan selepas kali pertama menerimanya pada tahun lalu.
Loading...

Related

Kota Kinabalu 3801400977767439680

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item