satusabah

SEMASA : Pelajar Ditahan Di Lapangan Terbang Kerana Memiliki Empat Butir Peluru

Pelajar berkenaan semasa ditahan dan menunggu untuk disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, semalam. Padah menyi...

Pelajar berkenaan semasa ditahan dan menunggu untuk disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, semalam.


Padah menyimpan peluru, seorang pelajar kini berdepan tindakan undang-undang selepas ditahan memiliki empat butir peluru semasa diperiksa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), pagi semalam.

Pelajar berusia 23 tahun itu yang juga anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) sebuah universiti tempatan di sini ditahan ketika hendak menaiki penerbangan menuju ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber, keempat-empat peluru tersebut dipercayai disimpan oleh pelajar terbabit kerana minat serta teruja selepas mengikuti sesi latihan menembak, baru-baru ini.

“Dia bagaimanapun tidak mengetahui bahawa menyimpan peluru sama ada hidup atau telah digunakan adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda.

“Sehinggalah pagi tadi (semalam), baharu dia sedar bahawa itu adalah satu kesalahan apabila dia ditahan kerana membawa bersama peluru tersebut yang disimpan di dalam sampul surat di dalam bagasinya,” kata sumber.

Pelajar yang berasal dari Kedah itu akan direman sementara siasatan lanjut dijalankan.

Difahamkan, dua daripada peluru tersebut merupakan peluru senapang jenis M16 dan dua lagi peluru pistol, di mana keempat-empat peluru berkenaan adalah jenis peluru kapur dan telah digunakan. -NgapSayot-
Loading...

Related

Pelajar Ditahan 5601889735244574461

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item