satusabah

SEMASA : WANITA INDONESIA DISELAMATKAN DARI MENJADI MANGSA PELACURAN

Berita Terkini Sarawak :Polis Sarawak Patahkan Aktiviti Pemerdagangan Orang Gambar Hiasan Sahaja Kesengsaraan lima wanita Indonesia y...

Berita Terkini Sarawak :Polis Sarawak Patahkan Aktiviti Pemerdagangan Orang
Gambar Hiasan Sahaja
Kesengsaraan lima wanita Indonesia yang dikurung untuk tujuan pelacuran berakhir apabila mereka diselamatkan polis dalam serbuan ke sebuah bilik sewa di Padungan, di sini.

Kejayaan itu hasil risikan Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak selepas menerima maklumat daripada orang awam berhubung kes tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Zulkifli Hassan yang mengesahkan kes itu memberitahu, serbuan itu dilakukan di sebuah rumah kedai sekitar jam 10.15 malam, Khamis lalu.


“Polis turut menahan dua lelaki tempatan dalam ling­kungan usia 50-an untuk membantu siasatan.

“Kesemua wanita itu mempunyai dokumen. Kami per­caya, mereka dibawa masuk dan dikurung untuk tujuan pelacuran… kami masih siasat bila wanita-wanita ini dibawa masuk,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kedua-dua suspek yang ditangkap, ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 13 Anti Pemerdagan­gan Orang.

Difahamkan, kesemua wanita wanita itu kini dihantar ke Pusat Perlindungan.
Loading...

Related

Jenayah 113816699481704886

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item