satusabah

SEMASA | Warga Filipina Diberkas atas Cubaan Merompak

Portal Satu Sabah : Tindakan pantas seorang anggota polis yang tidak bertugas berjaya menggagalkan hasrat dua lelaki warga asing yang c...

Portal Satu Sabah : Tindakan pantas seorang anggota polis yang tidak bertugas berjaya menggagalkan hasrat dua lelaki warga asing yang cuba merompak seorang lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Jalan China di sini petang semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian sekitar jam 2.15 petang itu, seorang anggota polis berpangkat lans koperal yang tidak bertugas kebetulan berada di kawasan berkenaan apabila terserempak dengan dua lelaki yang memakai topeng muka.

Seorang daripada lelaki terbabit dilihat memegang sebilah parang dan cuba merompak seorang lelaki yang sedang berada di hadapan bank berkenaan.

Difahamkan, mangsa pergi ke bank itu untuk memasukkan wang.

Melihat kejadian itu, anggota polis terbabit segera menghubungi bilik gerakan untuk mendapatkan bantuan anggota bit.

Manakala dua perompak terbabit yang merupakan warga Filipina segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki sebuah motosikal jenis Honda berwarna hijau/hitam setelah menyedari perbuatan mereka diperhatikan.

Berikutan itu, anggota polis terbabit terus mengekori kedua-dua suspek sehingga ke tempat letak kereta di Stadium Tertutup Miri.

Mereka kemudian dilihat meninggalkan motosikal di pekarangan stadium sebelum pergi ke kawasan Dataran Kipas.

Sebaik anggota bit tiba, mereka pergi ke kawasan Dataran Kipas untuk menjejaki dua suspek terbabit dan mendapati mereka sedang bersembunyi di salah sebuah pondok di kawasan tersebut.

Setelah menyedari kehadiran polis, kedua-duanya cuba melarikan diri namun kemudian berjaya diberkas di kawasan Jalan Sylvia di sini dan kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas sebuah beg berwarna merah daripada salah seorang suspek dan hasil pemeriksaan mendapati beg itu mengandungi sebilah parang, sebilah kapak, tiga topeng muka dan dua sarung tangan.

Selain itu, polis turut merampas motosikal yang digunakan keduadua suspek untuk dijadikan barang kes.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun katanya, mangsa masih belum membuat laporan rasmi berhubung insiden tersebut.
Loading...

Related

Warga filipina 7418578317983282327

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item