satusabah

Soalan Peperiksaan Jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 Dikesan Terdapat Penipuan - SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Ingatkan Supaya Orang Ramai Tidak Mudah Terpedaya dengan Penipuan yang Direka Pengerusi Suruhanjaya...

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Ingatkan Supaya Orang Ramai Tidak Mudah Terpedaya dengan Penipuan yang Direka

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata pihaknya telah mengenal pasti terdapatnya penipuan mengenai soalan bagi peperiksaan jawatan Penolong Penguasa Kastam GredW27 yang akan diadakan pada Selasa ini.

Beliau berkata pihaknya mengesan penipuan melalui e-mel timkerjakerajaan@gmail.com yang mendedahkan contoh soalan untuk peperiksaan tersebut pada jam 10 pagi kelmarin.

“Untuk makluman, SPA tidak pernah memaklumkan mana-mana pihak bagi tujuan tersebut. SPA menjalankan urusan mengikut prosedur yang ditetapkan dan setiap soalan yang bakal diduduki oleh calon adalah ‘Rahsia’ sehingga pada tarikh dan yang masa yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mahmood berkata segala pengurusan dan penyediaan soalan diambil dari bank data soalan SPA yang mengikut standard dan kualiti sepertimana yang ditetapkan dalam MS ISO 9001:2008.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan penipuan tersebut, dan membuat urusan permohonan perjawatan atau peperiksaan dengan SPA secara terus,” katanya.

Beliau berkata orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi SPA di talian 03-88856000 atau 03-88856028 atau 03-88856315 atau melayari laman web SPA di www.spa.gov.my.
Loading...

Related

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 5226945192863097334

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item