satusabah

Terbaru Sabah | Kemaskini Perintah Berkurung dengan Perubahan Masa

Info Terkini Negeri Sabah | Perintah Berkurung Bermula Jam 7.00 Petang Sehingga 5.00 Pagi Arahan  itu berkuat kuasa hari ini sehingga ...

Info Terkini Negeri Sabah | Perintah Berkurung Bermula Jam 7.00 Petang Sehingga 5.00 Pagi
Arahan itu berkuat kuasa hari ini sehingga 2 Sept, dengan ada perubahan masa dari pukul 7 petang hingga 5 pagi.

Pengumuman Terbaru berkaitan Perintah Berkurung oleh  Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman di Enam Daerah ESSZONE yang bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121,270 batu nautika persegi oleh.

Mengikut undang-undang sedia ada, Pesuruhjaya Polis mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perintah berkurung untuk tempoh sehari, manakala Menteri Dalam Negeri boleh mengisytiharkan perintah berkurung selama 14 hari.

Jalaluddin berkata sepanjang tempoh fasa II perintah berkurung yang berakhir semalam, 14 nelayan tempatan berusia antara 20-an dan 40-an telah didakwa di mahkamah kerana melanggar arahan perintah berkurung mengikut Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967.

Katanya, kesemua nelayan itu dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM500.

Arahan perintah berkurung fasa pertama mula berkuat kuasa sejak 19 Julai 2014 selepas itu, Abdul Rashid telah mengumumkan pelanjutan arahan perintah berkurung fasa II yang berkuat kuasa pada 3 Ogos sehingga semalam. -PORTAL SATUSABAH 
Loading...

Related

Perintah Berkurung 3935767441117645251

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item