satusabah

TERKINI 31 OGOS 2014 | LEBIH 200 AHLI PASUKAN PERONDA SUKARELA (PPS) DITAHAN

Lebih 200 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditahan sepasukan anggota polis ketika sedang menyertai perarakan Sambutan Hari Kebangsa...


Lebih 200 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditahan sepasukan anggota polis ketika sedang menyertai perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Padang Kota, di sini, pagi ini.

Mereka ditahan kira-kira jam 10.15 pagi, berdekatan bulatan di Jalan Lebuh Pantai sebelum melintasi pentas utama.

Semua anggota PPS dilihat memberi kerjasama dengan baik dan dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk siasatan lanjut.

Sehingga kini, wakil media masih menunggu di hadapan Balai Polis Lebuh Pantai untuk perkembangan terbaharu.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis akan mengambil tindakan menangkap anggota PPS jika mereka meneruskan aktiviti pertubuhan haram itu.

Sumber : Berita Harian
Loading...

Related

pulau pinang 5655570182958803530

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item