satusabah

TERKINI KEPUTUSAN PENUH PIALA MALAYSIA 2014 | KEMASKINI 14/08/2014

SOKERNET MALAYSIA | RABU 14/08/2014 Keputusan Penuh Perlawanan Pertama Piala Malaysia 2014 Kumpulan A Lions XII 0 FELDA United 0  ...

SOKERNET MALAYSIA | RABU 14/08/2014 Keputusan Penuh Perlawanan Pertama Piala Malaysia 2014


Kumpulan A
Lions XII 0 FELDA United 0 
Pahang 4 JDT II 0

Kumpulan C
JDT 1 Kelantan 0
ATM 1 Pulau Pinang 1


Kumpulan D 
T Team 1 Selangor 2
*** NOMBOR BERWARNA MERAH PASUKA YANG MENANG
 
Piala Malaysia 2014 : Status selaku juara Liga Super dibuktikan sepenuhnya Johor Darul Ta'zim (JDT) yang membuka kempen Piala Malaysia 2014 dengan langkah kanan hasil kemenangan 1-0 ke atas Kelantan, malam tadi.

Dalam aksi Kumpulan C di Stadium Larkin itu, JDT begitupun terpaksa menunggu sehingga babak kedua dengan gol tunggal kemenangan terhasil menerusi pemain gantian, Safiq Rahim pada minit ke-72.

Kemenangan itu meletakkan JDT di kedudukan teratas Kumpulan C dengan mengumpul tiga mata apabila satu lagi perlawanan membabitkan ATM dan Pulau Pinang berakhir seri 1-1.

Gol ATM dijaringkan Hairuddin Omar (m27) dan gol pelawat dijaring Rafiuddin Roddin (m44).

Pada aksi di seberang tambak, perlawanan Kumpulan A membabitkan tuan rumah Lions XII berakhir tanpa jaringan apabila diikat 0-0 oleh naib juara Liga Perdana, FELDA United sekalipun lebih menguasai perlawanan.

Dan satu lagi perlawanan Kumpulan A di Stadium Darul Makmur, Kuantan membabitkan Pahang dan JDT II berakhir dengan kemenangan 4-0 buat tuan rumah.

Begitupun perlawanan itu terpaksa ditangguhkan lebih 30 minit akibat hujan lebat.

Penyerang import, Dickson Nwakaeme meletakkan Pahang di depan seawal minit kelima, Matias Conti (m38) diikuti jaringan kedua Nwakaeme pada minit ke-70 sebelum Mohd Fauzi Roslan melengkapkan jumlah jaringan pada masa kecederaan.

Dalam Kumpulan D, juara 32 kali, Selangor turut mencatat kemenangan 2-1 ke atas T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin dengan kesemua jaringan diledak pada babak kedua.

T-Team terlebih dulu di depan menerusi Patrich Wanggai pada minit ke-48 sebelum Selangor membalas dua gol menerusi Andik Vermansyah (m50) dan Paulo Rangel (m52).

Tiga lagi perlawanan Piala Malaysia akan berlangsung esok dalam Kumpulan B membabitkan Sarawak menentang Terengganu di Stadium Negeri, Kuching dan Perak berdepan Kedah di Stadium Perak, Ipoh.

Satu lagi perlawanan membabitkan aksi Kumpulan D yang menemukan Sime Darby menentang juara Liga Perdana, PDRM di Stadium MP Selayang.

Related

Piala Malaysia 2014 7742169933689088324

PEMASARAN SATU SABAH




Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item