satusabah

TERKINI | Kes Pencerobohan Tanduo Lahad Datu Bersambung Hari ini

Berita Sabah : Perbicaraan ke atas 30 individu atas pelbagai tuduhan dalam pencerobohan Daerah Lahad Datu Tahun Lalu Perbicaraan terhad...

Berita Sabah : Perbicaraan ke atas 30 individu atas pelbagai tuduhan dalam pencerobohan Daerah Lahad Datu Tahun Lalu
Perbicaraan terhadap 30 individu yang menghadapi pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan pencerobohan di Lahad Datu tahun lepas, bersambung hari ini selepas hampir dua bulan ditangguhkan.

Saksi pihak pendakwa ke-32, pegawai penyiasat Inspektor Jamirin Kintai meneruskan keterangan mengenal pasti item yang diserahkan kepadanya oleh pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) ASP Mursalim Mohd Salleh, yang merampas item itu berikutan pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, pada 8 Mac tahun lepas.

Antara barangan yang dikenal pasti oleh beliau ialah beberapa kemeja-T putih dan sehelai kemeja-T berwarna kuning, dua pisau dan sarung parang diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC) yang terlekat di tali pinggang hitam sepanjang 96sm.

Memandangkan sarung parang itu dikemukakan di mahkamah buat kali pertama, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar memohon kepada mahkamah agar sarung parang itu ditanda sebagai eksibit dan bukan bahan bukti.

Ini kerana, beliau berkata ia tidak disahkan oleh Mursalim sebagai satu daripada barang yang beliau rampas ketika beliau memberi keterangan.

Tiga puluh tertuduh, terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan kerana pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk sebuah kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April tahun lepas.
Loading...

Related

Penceroboh Sulu 7265533196932609633

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item