satusabah

TERKINI | Kesan Dua Cawan Kopi Sehari Yang Wanita Mengandung Wajib Tahu !!

Perkongsian Hasil Kajian Pakar Akedemik di United Kingdom Pakar-pakar akademik kini menyeru kerajaan segera mengeluarkan amaran rasmi ...

Perkongsian Hasil Kajian Pakar Akedemik di United Kingdom
Pakar-pakar akademik kini menyeru kerajaan segera mengeluarkan amaran rasmi kepada ibu-ibu yang sedang mengandung supaya mengurangkan pengambilan kopi setiap hari kerana ia berbahaya untuk kandungan mereka.

Kajian yang mereka jalankan mendapati hanya dua cawan kopi sehari sudah memadai untuk mendedahkan kandungan mereka kepada risiko dijangkiti leukemia pada usia yang muda.

Anak yang dilahirkan nanti oleh ibu yang kerap meminum kopi, menurut kajian yang dilakukan itu  adalah 60 peratus berkemungkinan berhadapan dengan risiko membentuk sel leukemia pada usia remaja.

Oleh yang demikian, ahli-ahli akademik yang terlibat dalam kajian tersebut kini menegaskan yang kerajaan harus  mengeluarkan amaran kepada semua ibu mengandung supaya mengurangkan pengambilan kopi sebagaimana mereka dinasihati supaya mengurangkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok.

Para saintis mendapati, kafin berupaya menukar corak DNA di dalam sel janin sekaligus mendedahkan mereka kepada risiko membentuk tumor ketika remaja.

Sampel yang diambil daripada lebih 20  kajian mendapati bayi yang dikandung oleh ibu yang mengambil kopi terdedah 20 peratus kepada risiko membentuk sel leukemia pada janin mereka.

Tetapi jika mereka mengambil dua cawan kopi sehari risiko mereka meningkat kepada 60 peratus.

Dan bagi wanita yang memang ketagihan kopi iaitu mengambil sehingga empat cawan atau lebih sehari mereka terdedah kepada 72 peratus risiko.

Hasil kajian ini didedahkan dalam terbitan terbaru Jurnal Obstetrik dan Ginekologi Amerika Syarikat.

Di United Kingdom sahaja, sekitar 500 kanak-kanak didiagnos dengan penyakit leukemia setiap tahun.

Kajian itu membuat kesimpulan, pengambilan kafin berlebihan oleh ibu sewaktu mengandung berupaya meningkatkan risiko jangkitan leukemia ke atas bayi mereka. Sumber : Mstar Online
Loading...

Related

perkongsian ilmu 4893617295910045671

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item