satusabah

TERKINI | Penduduk Dakwa Melihat Angin Yang Luar Biasa

"Saya nampak seolah-olah angin menyedut air dari laut dan kemudian berpusar dengan laju di hadapan kami," cerita A Supayyah, 64...

"Saya nampak seolah-olah angin menyedut air dari laut dan kemudian berpusar dengan laju di hadapan kami," cerita A Supayyah, 64, berkenaan ribut yang melanda di Pantai Miami.

Supayyah yang menetap di situ sejak 40 tahun lalu berkata, ia kali pertama dia melihat angin pelik berhampiran dengan kawasan rumahnya.

“Saya dengan dua lagi kawan duduk di sebuah kedai makan tepi laut dekat dengan rumah saya, tiba-tiba dalam jam 1 pagi, kami terkejut kerana melihat air dari laut seperti naik ke langit.

“Kemudian air itu berpusar dengan laju dan bunyinya kuat, kami tidak boleh buat apa-apa dan hanya berdoa sahaja pada masa itu,” katanya.

Selepas angin berkenaan berpusing dengan bunyi yang kuat, ia kemudiannya bergerak dengan laju ke kawasan berhampiran.

“Pada masa itu kami memang sangat takut kerana tidak tahu ke mana ia ingin bergerak, sehinggalah tiba-tiba angin itu melencong naik ke darat dan melalui kedai makan di Pantai Miami.

“Namun kami bernasib baik kerana semua rumah penduduk di tepi pantai tidak musnah kerana adanya pokok besar yang menghalang, kemudian angin terus naik ke bahagian atas bukit dan memusnahkan pondok hentian bas,” katanya.

Disebabkan itulah pokok berusia ratusan tahun itu tumbang dan memusnahkan tandas serta sebahagian rumah seorang penduduk di situ.

Bagaimanapun penduduk di situ terkilan kerana pihak yang bertanggungjawab masih tidak memotong pokok yang tumbang menghempap tandas awam dan rumah.

Supayyah berkata, kejadian sudah berlalu hampir seminggu dan keadaan masih teruk dengan pokok tumbang merata-rata.

“Memang susah kalau dibiarkan saja pokok ini tumbang, orang yang datang ke Pantai Miami susah hendak menggunakan tandas.

“Kami berharap ada orang yang sudi tolong kami,” katanya.

Tinjauan ke perumahan penduduk di Pantai Miami itu turut disertai pimpinan Pas Teluk Bahang. SUMBER : Sinar Harian
Loading...

Related

Info Cuaca Terkini 2011683505778834488

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item