satusabah

BERITA SABAH : Jawatan Pegawai Daerah di Sabah, Beri Peluang Kepada Wanita Berwibawa - Jainab

Datuk Jainab Ahwid Ayid Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahwid Ayid mahu kerajaan negeri turu...

Portal Satu Sabah
Datuk Jainab Ahwid Ayid
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahwid Ayid mahu kerajaan negeri turut memberi peluang kepada golongan wanita menyandang jawatan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah.

Beliau berkata, belum terdapat golongan wanita dilibatkan untuk memegang dua jawatan itu sedangkan ramai yang berwibawa.

"Saya memohon kerajaan negeri agar dapat memberikan peluang kepada wanita Sabah yang berkelayakan untuk menyandang jawatan berkenaan.

"Saya yakin ilmu dan kepakaran wanita mampu dijana untuk membantu pembangunan negeri," katanya pada sambutan Hari Wanita peringkat negeri yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di sini, hari ini.




Beliau berkata, usaha berterusan akan dipergiat bagi memberi penghormatan kepada kaum wanita dan kesaksamaan gender menerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah.

Jainab berkata kadar penyertaan buruh wanita di Sabah masih rendah iaitu 52 peratus berbanding buruh lelaki sebanyak 86.1 peratus.

Katanya, masalah penjagaan anak menyebabkan wanita berhenti daripada berkerja yang menyumbang kepada perbezaan kadar itu.


Sehubungan itu, beliau mahu lebih banyak Taska diwujudkan di tempat kerja termasuk yang disediakan badan korporat.

Loading...

Related

Wanita 1721345843174237225

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item