satusabah

Berita Sabah Terkini : Jangan Hasut Rakyat Sabah - Hishammuddin

Pihak keselamatan Negara sedang meneliti dengan serius ancaman daripada pihak ketiga tersebut dan akan mengambil segala langkah perlu untu...

Pihak keselamatan Negara sedang meneliti dengan serius ancaman daripada pihak ketiga tersebut dan akan mengambil segala langkah perlu untuk menanganinya

Portal Satu Sabah
Datuk Hishammuddin Tun Hussein
Pemimpin politik di Sabah yang dikaitkan dengan cubaan mahu memisahkan negeri itu dari Malaysia diingatkan supaya berpada-pada dalam politik dan tidak menjadikan soal kedaulatan negara sebagai modal murahan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak keselamatan sedang meneliti dengan serius ancaman daripada pihak ketiga tersebut dan akan mengambil segala langkah perlu untuk menanganinya.

Beliau yang mengambil contoh pergolakan di Ukraine untuk dijadikan peringatan pihak terbabit berkata, perang saudara di negara itu juga meletus akibat perbuatan segelintir kumpulan politik yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka (penghasut di Sabah) kena ingat, bila terjadinya pencerobohan di Lahad Datu majoriti anggota keselamatan negara yang menjadi korban adalah dari semenanjung. Soal kedaulatan ini bukan modal untuk dijadikan gadaian murahan.

"Sila jadi ahli politik budiman yang bertanggungjawab dan bukannya bangkitkan isu Sabah untuk Sabah," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Pemakaian Beret, Penyerahan Jalur Gemilang dan Penghantaran Kumpulan Malbatt 850-2 di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan wujud usaha daripada pihak tertentu di Sabah yang cuba menghasut rakyat negeri di bawah bayu tersebut untuk keluar dari Malaysia.

Pendedahan itu kemudian disusuli pengesahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa pihak keselamatan sudah mengenal pasti golongan bertanggungjawab menghasut dan tindakan keras bakal menyusul.

Mengulas mengenai kejayaan pasukan keselamatan menggagalkan cubaan penceroboh memasuki perairan Sandakan pula, Hishammuddin berkata, usaha itu amaran kepada semua pihak yang berniat tidak baik ke atas negara ini.

Katanya, kawalan keselamatan di perairan negara khususnya di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) telah dipertingkatkan dan cubaan mana-mana pihak untuk menceroboh bakal berdepan tindakan tegas.



"Apa yang penting semua tindakan oleh anggota keselamatan yang terbabit dalam menggagalkan cubaan pencerobohan berkenaan dibuat mengikut Peraturan Operasi Standard (SOP) undang-undang negara kita," ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, Hishammuddin berkata beliau akan berlepas ke Keiv, Ukraine, hujung minggu ini bagi mendapatkan jaminan keselamatan untuk membolehkan pasukan penyiasat kembali ke lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Menurutnya, misi tersebut yang bertujuan mencari baki mayat penumpang pesawat MH17 yang belum ditemui akan turut disertai Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.


"Keadaan di timur Ukraine yang menjadi lokasi nahas MH17 sangat tegang kerana peperangan masih berlaku tetapi ia tidak sedikit pun mematahkan semangat kerajaan. Selepas Kiev, saya akan ke Rusia dan Belanda bagi menyelaras perbincangan lanjut," katanya. -UTUSAN ONLINE-
Loading...

Related

Sabah Keluar Malaysia 7327169240386583166

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item