satusabah

ESSCOM SABAH : Perlantikan Anak Sabah Sebagai Pengarah AWAM ESSCOM

Ruji Ubi Pengarah Awam Kawasan Keselamatan Khas Panti Timur Sabah (ESSCOM)  menganggap pelantikannya sebagai satu tanggungjawab besar yang...

Ruji Ubi Pengarah Awam Kawasan Keselamatan Khas Panti Timur Sabah (ESSCOM) menganggap pelantikannya sebagai satu tanggungjawab besar yang mencabar terutama dalam membantu Komander ESSCOM menjaga Zon Selamat Timur (ESSZONE) daripada dicerobohi penjenayah rentas sempadan.

Ruji memulakan tugas barunya hari ini
Anak jati Tawau itu berkata beliau akan berusaha sedaya upaya melakukan yang terbaik bagi menjayakan misi kerajaan untuk memastikan keselamatan rakyat Sabah, khususnya di ESSZONE sentiasa terjamin.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan khasnya Ketua Setiausaha Negara kerana melantik saya sebagai pengarah Awam ESSCOM.

“Saya menganggap pelantikan ini sebagai satu tugas dan amanah besar yang perlu dipikul,” katanya dalam perutusan pertamanya sempena perjumpaan dengan pegawai dan kakitangan awam ESSCOM di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat ESSCOM Lahad Datu, hari ini.

Sebelum itu, beliau yang baharu dilantik sebagai Pengarah Awam Esscom melapor diri di ibu pejabat ESSCOM pada kira-kira 7.57 pagi.

Ketibaannya disambut Komander Komponen Laut ESSCOM, Laksamana Pertama (M) M.Karunaniti, Pegawai Daerah Lahad Datu Encik Iman Ali serta pegawai dan kakitangan awam ESSCOM.

Dalam perjumpaan itu, Ruji turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek yang berjaya meletakkan organisasi itu di landasan yang betul selaras dengan penubuhannya pada 1 April tahun lepas.



“Saya berterima kasih kepada Datuk Mohamad di atas segala sumbangan dalam penubuhan ESSCOM,” katanya.

Beliau berharap semua staf awam dapat memberi kerjasama sepenuhnya, seperti mana kerjasama yang diberikan kepada pegawai terdahulu, bagi merealisasiakn misi dan visi ESSCOM.

Ruji berkata keadaan keselamatan di pantai timur kini bertambah baik sejak perintah berkurung dilaksanakan sebulan lalu merangkumi perairan di enam daerah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau.

“Saya berharap tidak ada lagi pencerobohan atau penculikan berlaku yang berlaku di ESSZONE,” katanya.

ESSZONE merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.
Loading...

Related

Sabah 3005315516244740649

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item