satusabah

GAMBAR KEBAKARAN DI KAMPUNG TANJUNG BATU LAUT LOGPOND, TAWAU SABAH

Takziah kepada seluruh keluarga yang terlibat dalam kebakaran yang berlaku baru-baru ini. Lebih 100 rumah atas air di Kampung Tan...

Takziah kepada seluruh keluarga yang terlibat dalam kebakaran yang berlaku baru-baru ini.



Lebih 100 rumah atas air di Kampung Tanjung Batu Laut di Logpond, dekat sini, musnah dalam kebakaran, malam ini.

Kejadian bermula pada jam 7 malam tadi mengakibatkan lebih 400 penduduk hilang tempat tinggal.

Sehingga jam 8.45 malam ini, bomba masih menjalankan operasi memadam kebakaran.

Difahamkan, bomba berdepan kesukaran untuk masuk ke kawasan kampung berkenaan berikutan laluan yang sempit.



Setakat ini, bomba masih belum dapat mengesahkan sama ada kejadian itu mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek, berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.20 petang sebelum menghantar lebih 30 anggota bersama empat jentera dan kenderaan utiliti ke lokasi.


"Jumlah sebenar rumah terbakar serta penduduk yang hilang tempat tinggal masih belum dapat dipastikan. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.



Loading...

Related

kebakaran Terkini 4873300213105740205

PEMASARAN SATU SABAH




ISU PANAS 1MDB

Jumlah Paparan Halaman

POPULAR

Recent

Comments

Connect Us







item